” Akhirnya dapat juga award, patut dah lama dah.. ” – Netizen

Bell Ngasri Kongsi Gambar-Gambar Moment Indah Ketika Menerima Sebuah Anugerah Khas Raih Perhatian Peminat. Alhamdulillah Impian Bell Termakbul. Bakat Legend Yang Diiktiraf, Tahniah Bell !!

Bell Ngasri bukanlah nama baru dalam industri seni tanahair. Sudah mula bertapak dalam dunia lakonan sejak masih kanak-kanak, aktor ini telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Malah sehingga kini juga, Bell antara pelakon senior yang masih kekal relevan dan menjadi pilihan ramai.

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Bell di sebuah majlis khas. Ianya satu kej0tan dan pengiktirafan buat Bell apabila Bell dipilih sebagai penerima Anugerah Aktor Versatil Pilihan Malaysia 2022.

Bell sememangnya layak untuk menerima anugerah ini kerana bakatnya itu. Nampaknya seloroh Bell ketika di pentas Maharaja Lawak Mega dahulu mengatakan dirinya tidak pernah menerima sebarang anugerah kini dimakbulkan Allah.

Tulis Bell di kapsyennya, anugerah ini menjadi pendorong untuk Bell melakukan lebih baik lagi pada masa akan datang. Bakatnya dicurahkan hanya untuk membuatkan semua orang ceria dan gembira, itu niat Bell.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Bell ini mendapat tumpuan daripada peminat. Ucapan tahniah juga turut diberikan oleh peminat dan antara komen-komen mereka :

” Tahniah Bell, Alhamdulillah. You deserve it. Ini macam baru betul, tokoh Malaysia legend ni.. “

” Wah congratulations Bell Ngasri. Akh1rnya Bell dapat juga anugerah setelah sekian lama menunggu. Semoga terus maju jaya dan bertambah rezeki.. “

” Tahniah Bell, semoga terus menghiburkan kami dan terus sukses. Bell memang layak dapat anugerah ni.. “

” Tahniah Bell, selayak-layaknya. Dari kecil tengok cerita lakonan Bell sampailah sekarang. Bell memang ada style tersendiri dan idola.. “

” Pelakon versatile yang sentiasa laku dari kecil sampi la ni.. Bell memang layak sangat, terbaiklah. tahniah tahniah.. “

” Akh1rnya dapat juga award, patut dah lama dah. Saya peminat Bell dari kecil lagi. Tahniah Bell Ngasri.. “

” Bell Ngasri adalah penghibur sejati. Menghiburkan penonton dengan lakonan yang asli dari dalam jiwa.. “

” Aku ni Ajak, dari ko kecil sampai sekarang ni, 1 anugerah pun aku tak der. Akh1rnya alhamdulillah abang Bell Ngasri.. Tahniah.. Rezeki tak cepat tak lambat, ia on time.. “

Sekalung tahniah Bell Ngasri daripada kami di Berita Kopak atas kejayaan ini. Semoga kerjaya seni Bell semakin bersinar dan lebih banyak lagi anugerah yang bakal diperolehi pada masa akan datang. Teruskan berkarya Bell menghiburkan peminat-peminat semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..