” Aiyokk Aafiyah, mainkan kakak dia, dah kakak meraj0k.. ” – Netizen

Video Aafiyah Menyakat Pengasuh Khasnya, Dayah Zubit Sehingga Merajuk Buat Ramai Terhibur. Part Aafiyah Ketawakan Dayah Sebijik Macam Gaya Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza. Haishhh Aafiyah, Kenapa Comel Sangat Ni !!

Siapa yang tidak mengenali Siti Aafiyah Khalid anak kesayangan Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah pun berusia 2 tahun. Diberi didikan dengan penuh kasih sayang seimbang anatara agama dan duniawi. Semakin hari, Aafiyah menunjukkan kebijaksanaan, sebagaimana kanak-kanak seusianya.

Berbagai gelagat Aafiyah dapat dilihat di laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza atau pun Dayah Zubit (pengasuh khas Aafiyah). Telatah Aafiyah sering mencuit hati peminat. Dengan usianya sebegitu, Aafiyah sudah petah berkata-kata dan menyanyi serta banyak meneroka sekitarnya.

Menerusi laman Instagram Aafiyah Khalid, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aafiyah sedang berbual-bual bersama dengan kakak (panggilan untuk Dayah Zubit) dan ibunya Dato’ Siti Nurhaliza. Perbualan bermula apabila ibunya Dato’ Siti memberitahu apabila mendengar azan perlulah segera pergi bersolat.

Gambar : Dayah Zubit bergambar bersama Dato’ Siti dan Aafiya (Pengasuh Khas Aafiyah)

Hal yang sama juga diberitahu oleh Kakak kepada Aafiyah supaya solat selepas azan. Dayah Zubit pula meminta Aafiyah menunjukkan cara solat dan mengajarkan solat kepadanya. Namun begitu Aafiyah tidak mahu berbuat demikian sebaliknya Aafiyah hanya mendiamkan diri dan memunc0ngkan sedikit mulutnya.

Dayah yang melihat Aafiyah sebegitu lalu membawa dirinya dan mengatakan tidak mahu bercakap dan berkawan dengan Aafiyah lagi. Aafiyah yang mendengar Dayah Zubit berkata demikian hanya ketawa sambil menutup mulutnya dengan tangan. Melihat Kakak yang sudah meraj0k, Aafiyah mula mengadu kepada ibunya.

Jom tonton video Aafiyah di bawah ini :

Perkongsian video si cilik Aafiyah ini telah mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Ada yang memuji kecomelan Aafiyah dan ada juga yang menyatakan seronok melihat gelagat Aafiyah. Ini antara komen-komen mereka :

” Tutup mulut bila gelak macam ibu dia juga, aiyokk Aafiyah dia mainkan kakak dia, dah kakak meraj0k.. “

” Kiutnyer Aafiyah, meny4kat, gelakkan kakak, pandai ye.. “

” Suka sangat tengok Aafiyah, comel sangat laaa tak b0san tengoknya, hallow Aafiyah saya dari Indonesia.. “

” Comel nyerrr bila jumpa dengan Aafiyah ni nk cub1t pipi dia cute sangat.. “

” Alahaiii comel sangat Aafiyah anak ibu ni, Suka tengok kerenah dia.. “

Aiyokk Aafiyah buat Kakak Dayah Zubit meraj0k. Nanti Aafiyah jangan lupa pujuk Kakak ye. Nanti Kakak tak nak kawan dengan Aafiyah lagi. Apa-Apa pun Aafiyah tetap comel lah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah sentiasa dilindungi di mana sahaja Aafiyah berada dan berbahagia di samping keluarga tersayang. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Aafiyah Khalid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayah Zubit

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..