” Aiskrim pulak dah, tak serik Jep ni. Nak hilangkan pedas bubur ye Jep, haha.. ” – Netizen

Video Babak Jep Sepahtu Bersama Uqasha Senrose Dalam Sepahtu Reunion Live Tour 2022 Buat Penonton Gelak Berdekah-Dekah. Amboi Jep, Minta Uqasha Suap Aiskrim Pulak Kali Ni. Berani Sungguh Yer Jep, Kita Tengok Sari Yanti Buat Aiskrim Apa Pulak Nanti. Hehe !!

Sepahtu Reunion Live Tour 2022 minggu kedua masih lagi bersiaran di Pasir Gudang, Johor Bahru. Seperti minggu lalu, minggu ini juga sambutan hangat diberikan oleh warga Johor. Untuk episod minggu ini, kisah Tapan kembali menceriakan penonton.

Kesinambungan episod Tapan yang lalu, kali ini menampilkan Uqasha Senrose sebagai nurse yang menjaga Tapan. Meninjau akaun Instagram Berita Kopak dan Lawak_laah, telah dikongsikan video-video yang memaparkan babak antara Jep Sepahtu dan Uqasha.

Jep dilihat semakin berani, itu komen peminat. Dalam melawak secara spontan, sempat Jep menyelit tentang bubur pedas yang diberikan oleh isterinya, Sari Yanti pada minggu lalu. Ketika dipujuk oleh Uqasha untuk membeli aiskrim, Jep memberi syarat mahu disuapkan aiskrim.

Bergema sorakan dan ketawa penonton di stadium mendengar akan ayat Jep ini. Bubur bercili memanglah pedas, hendakkan aiskrim untuk menghilangkan kepedasan bubur tu. Amboi Jep, dah fikir masak-masak ke tu. Tak0t nanti ada yang tak berani nak balik rumah, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Sudah namanya Jep, kalau tak lawak memang tak sah. Warganet pun lagi seronok mengusik Jep kali ini dan antara komen-komen mereka :

” Aiskrim pulak haha, kita tengok Sariyanti buat aiskrim apa pulak nanti hehe. Jep ni memang tak serik haha.. “

” Buat hal lah Jep, tunggu on the way ice cream wasabi by Sariyanti haha. Habislah pasni aiskrim jadi popular.. “

” Nanti timbul video lori aiskrim sampai depan rumah hehe. Sari please buat aiskrim wasabi bagi Jep.. “

” Aiskrim pulak dah, seminggu makan aiskrim nanti kang Jep haha. Dia tak insaf beb haha.. “

” Buat hal lagi si Jep ni. amboi amboi amboi. I berani okey, sekali kena jel1ng dengan sari baru tahu haha.. “

” Jep dah tak behave skarang, dah semakin berani haha. Cara ni tak serik lagi ni nampak gayanya.. “

” Tak buat hal bukan Jep la haha. Terlebih spontan Jep punya lawak. Amboi aiskrim nak h1langkan pedas bubur ye Jep. Siap Jep mendapat lah aiskrim balik nanti haha.. “

Lawak sungguh Jep ni, ‘ ingat i tak berani, ingat i tak berani ‘ sambil memandang ke arah penonton. Ramai yang meminta Sari membuatkan aiskrim wasabi untuk Jep tu. Agaknya apalah nasib Jep balik rumah nanti yer, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Zon Lawak, IG Lawak_laah, Tik T0k nieta2509, Tik T0k Firdaus Zuber

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..