” Aik, dah tukar dah ? Macam pakwe baru je. Tup tup dengan orang lain dah.. “
Afifah Nasir Kongsi Gambar Sempena Hari Lahirnya. Namun Gambar Seorang Jejaka Bersamanya Telah Menjadi Bualan Netizen. Wahhh.. Handsome Dan Tinggi Lampai Orangnya !!
Nur Afifah binti Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Afifah Nasir merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang juga adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan pelakon. Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram.
Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip ‘Aku Bukan Bimb0’ yang ditayangkan di Astro, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan.
Afifah Nasir yang sebelum ini pernah terpalit dengan kontr0vers1 yang mengaitkan dirinya bersama seorang penyanyi gara-gara tular rakaman kamera litar tertutup mereka di sebuah kelab karaoke. Namun, kontr0vers1 tersebut tidak menjejaskan rezekinya dalam lakonan.
Pada 15 Februari 2020 baru-baru ini, maka genaplah usia pelakon Afifah Nasir 27 tahun. Menerusi perkongsian terbaru, Afifah telah berkongsi posting di akaun Instagram milik beliau. Posting tersebut adalah ucapan terima kasih buat seseorang yang istimewa buat Afifah sempena hari lahir beliau berserta gambar bersama seseorang.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat Afifah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Happy birthday beautiful girl.. “
” Happy birthday cantik.. “
” HB dear, Gob Bless you always.. “
” Happy Birthday @afifahnasir93.. Wish u all the best & always preety.. “
” Wow cantiknya Dan sweetnya afifah nasir.. “
” Really love your dress. Anwyway Happy belated Birthday, Afifah. You are a sweet girl I wish you to be happy and successful always.. “
Selain itu, posting itu juga telah dibanjiri oleh soalan netizen mengenai jejaka yang berada di sebelah Afifah itu kerana wajah pemuda itu tidak sama seperti wajah kekasihnya sebelum ini.
Namun pertanyaan tersebut tidak mendapat respon dari Afifah Nasir. Hanya Afifah sahaja tahu jawapannya, tetapi semestinya jejaka itu adalah yang teristimewa buat Afifah jika dilihat perkongsian kata-kata beliau itu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Afifah Nasir, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Afifah Nasir by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..