” Weh.. Mata masuk habuk.. “

Video Syafie Naswip Buat Supr1se Birthday Untuk Ayahnya, Buatkan Netizen Turut Terharu. Happy Birthday Pak Cik !! 

Siapa tidak kenal akan pelakon Syafie Naswip yang bakatnya telah dicungkil oleh arw4h Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin pada tahun 2007 dan sejak itu, beliau telah membintangi puluhan drama dan telefilem. Nama Mohd Shafie Naswip antara pelakon lelaki Malaysia yang mula menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun.

Antara lakonannya yang paling diingati dan dikrit1k posit1f adalah menerusi Talentime dan S0nglap sehingga menyebabkan beliau meraih dua anugerah pembantu lelaki terbaik masing-masing dalam FFM ke-22 dan FFM ke-25. Beliau mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik.

Mengimbau kembali pada awal pembabitan lakonannya, Shafie hanya menemani adiknya saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh arw4h Yasmin Ahmad.  Syafie juga terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Syafie telah berkongsi satu video beliau membuat kej0tan sempena hari lahir ayahnya. Perkongsian Syafie buat ramai yang tersentuh dan terharu. Allahu.. Sebaknya !!

Tonton video tersebut di bawah :

View this post on Instagram

Love You. ❤️

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip) on

Rata-rata netizen terharu dan turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada ayah Syafie. Antara komen-komen tersebut adalah:

” Happy birthday uncle.. Untung uncle ada anak2 yang sayang and caring.. “

” I love you for taking a good care of your parents happy birthday pakcik! Semoga pakcik dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan dilindungi Allah selalu.. “

” Happy Birthday! “MANIS” sungguh peribadi anak uncle ni.. “

” Salah sorg artis y saya nmpk paling syg mak dan abhnye.. Alahai.. Bgusnye awak dik, sapela sbnrnye mak dan abah awak ni seb so special ank2 die.. “

” Weh.. Mata masuk habuk.. “

” Happy birthday to you pakcik… Pakcik bertuah dapat anak yang sangat2 menghargai pakcik & family.. Doa yang baik2 buat pakcik & family.. @syafienaswip awak contoh yang baik utk kami semua.. “

Jelas terpancar betapa bahagianya seorang ayah yang sentiasa diingati oleh anaknya. Teringat dulu, Syafie awal-awal pembabitan beliau dunai lakonan, ayah beliau yang akan menghantar kemana sahaja beliau pergi dengan menaiki motosikal. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat ayah Syafie, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Syafie Naswip by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..