” Muka selamba tapi suara padu. Terbaikkk.. “

Sham Visa Bijak Memilih Penyanyi Sebenar Di ICSYVMY3. Tahniah Syed Noh Aljeffri. Suara Memang Power !!

Sudah memasuki musim ketiga, rancangan hiburan yang diadaptasi daripada program popular Korea Selatan, I Can See Your Voice Malaysia ( ICSYVMY3) memulakan siarannya pada 16 Februari 2020 di saluran TV3 pada setiap hari Ahad. Berdasarkan rekod pada musim lalu, rancangan ini berjaya mencatat rekod 11.4 juta penonton bagi musim 2.

Manakala di saluran platform digital Youtube TV3 Malaysia pula sehingga 62.5 juta tontonan. Bagi musim ketiga perubahan format baru diperkenalkan. Masih mengekalkan Shuk dan Sean sebagai hosnya, penambahan ahli panel penyiasat baru Yusri Abdul Halim bergandingan bersama Jihan Muse dan Mark Adam.

Seperti biasa 6 penyanyi misteri akan dipersembahkan untuk dipilih samada sebagai penyamar ataupun penyanyi sebenar. Dengan format baru yang lebih mencab4r, pastinya keriuhannya berganda dengan hilai tawa penonton dan ahli penyiasat sendiri. Bagi musim 3 episod 1, penyanyi Sham Visa dijemput sebagai artis jemputan.

Menerusi akaun Instagram tv3malaysia, telah dikongsikan satu sedutan video penyanyi mister1 yang menjadi pilihan Sham Visa sebagai penyanyi sebenar. Menakjubkan tekaan Sham Visa benar-benar tepat dan suara pemenang yang bernama Noah itu memang merdu. Terpuk4u semua orang yang mendengar.

Untuk pengetahuan Noah atau pemilik nama penuh Syed Noh Aljeffri Bin Syed Mahmud ini baru berusia 25 tahun dan berasal dari negeri Selangor. Nyanyian duetnya bersama Sham Visa mendapat sorakan padu daripada penonton.

Jom tonton video di bawah, sila tonton video penuh di hujung artikel :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Lagu nie memang kena dengan dia… Lagu santai memang kena dengan kerjaya dia.. “

” Congratulations abang sham kerana memilih penyanyi yang sebenar.. “

” Akhirnya .. Abg sham dapat penyanyi sebenarnyaa… “

” Haaaaa agitchuu bang sham pilih.. Dia cepat buat keputusan dan konfiden dengan pilihan dia.. “

” Muka selamba tapi nyanyi padu. Terbaikkkkkkkk.. “

” Full package guys… Suara dia power.. “

” Tahniah noh.. Dapat nyanyi dengan abang shammm.. “

Terbaik Sham Visa punya keputusan, tak mampu dig0yahkan oleh Jihan yang selalu membuatkan jemputan kel1ru. Nyanyian Noah memang padu dan mantap, dah taraf penyanyi sebenar gayanya. Kami di Berita Kopak mendoakan kejayaan Noah untuk peringkat seterusnya nanti dan buat Sham Visa moga success selalu. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia, Youtube TV9 MALAYSIA Official by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..