” Adik ngantuk lah, kakak nyanyi lagu apa ni ? ” – Netizen

Video Gelagat Anak Stacy Anam, Eshaal Menjaga Adiknya, Isa Raih Perhatian Ramai. Wah Pandai Eshaal Dodoikan Adik Dengan Lagu, Terus Menguap Isa Mengantuk. Part Last Tu Pandainya Eshaal Bila Stacy Tanya Kalau Adik Menguap Cakap Apa !!

Meninjau ke akaun Instagram Beyshal, perkongsian video terbaru Eshaal dan adiknya, Isa telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Eshaal sedang memangku adiknya.

Video ini dirakamkan oleh Stacy dan dapat didengari suara Stacy meminta Eshaal mendodoikan adiknya sambil menyanyikan sebuah lagu. Eshaal menyanyikan sebuah lagu bahasa Inggeris dan dapat dilihat Isa mula mengantuk.

Apabila Isa menguap, Eshaal terus membaca ‘Auzubillah’ apabila ditanya oleh Stacy. Walaupun sebutannya kurang jelas tetapi tindakan Eshaal ini menunjukkan Eshaal seorang anak yang bijak. Semestinya mommy dan daddy Eshaal yang mengajarnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Alahai, comel sangat kedua adik-beradik ini dan keduanya memiliki wajah yang seiras. Eshaal pun nampak sangat menyayangi adiknya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Eshaal dan Isa macam kembar. Antara komen-komen yang diberikan :

” Eshal ni brckp pun suara pun sedap.. Adui kembar ishal baini.. sebiji adik dan kakak .. Cayang betul ba ishal sama adik.. “

” Jawapan eshal kalau adik menguap tu hahaha. Asal ada bunyi ok la tu. Cute betul bah ank akim dan stacy.. Kak ishal nanyi lagu apa ni… adik mengantuk la.. “

” Dua2 muka urg kadazan bah. mix muka akim dan stacy… Looks like twin kakak Adik, Adik ngantuk laa kakak nyanyi lafy apa nehhh ? both are shoooo cute.. “

” Alhamdulillah. Insaallah terbaik. Sentiasa sehat2 sejahtera sekluarga. Aamiin.. ishal besar baru nmpk muka akim.. “

” Pandai eshaal jaga adik.. aunty nk pinjam adik baby boleh ? Pandai besyal baca auzubillahiminasyaitannirajim… kasi lurus bacaannya ya.. “

” Cptnya masa berlalu Ishai dlu ko gitu jak kecik now u yg kendong adikk Comell isa.. Cantiknyaa kakak ishal baa pandai jaga adik dia ni.. “

” MasyaAllah.. C0py paste muka Akim.. Pandai kakak jaga adik.. Samala mukaaaaa¬†bru ada ooo nmpk muka akim bila c eyshal senyum..¬† “

Nampaknya Eshaal sudah boleh diharap untuk menjaga adiknya terutamanya untuk menidurkan si adik. Suara Eshaal yang comel boleh membuatkan adik mengantuk. Semoga Eshaal dan juga Isa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Beyshal

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..