” Adik dan abang sama-sama comel.. “
Gambar- Gambar Zareef Yusof Bersama Adiknya, Vie Raissa Menarik Perhatian Netizen. Alahai, Comel Dan Handsome !!
Zareef Yusof merupakan anak kedua kepada pelakon Eizlan Yusof dengan bekas isterinya, Vie Shanti Khan. Zareef mempunyai seorang kakak bernama Vie Zara dan seorang adik perempuan bernama Vie Zaalia dan merupakan satu-satunya anak lelaki pasangan ini.
Zareef yang berusia 9 tahun turut mengikut jejak langkah seperti ayahnya apabila dia mula menunjukkan bakat dalam bidang lakonan. Si cilik yang comel ini telah membintangi drama bersiri Mak Cun musim kelima di bawah arahan Erma Fatima.
Menurut Eizlan, beliau membenarkan anaknya berlakon bukan atas paks4an daripadanya atau bekas isterinya tetapi kerana kehendak Zareef yang ingin menceburi bidang lakonan. Seperti selebriti lain, Zareef juga mempunyai akaun media sosial Instagram dengan jumlah pengikut seramai 36 ribu orang.
Menerusi akaun Instagram, Zareef berkongsi gambarnya bersama adik bongsunya yang baru sahaja dilahirkan pada 2 Januari yang lalu. Bayi yang diberi nama Vie Raissa merupakan adik Zareef yang berlainan bapa, anak Vie Shanti Khan dengan suami barunya. Vie Raissa dilahirkan pada jam 11 pagi dengan berat 2.54 kilogram.
” My Vie Raissa.. “
Rata-rata netizen memuji rupa paras Zareef yang saling tidak tumpah seperti bapanya, Eizlan Yusof. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah…Congratulations buat Abg Zareef Yusof dan keluarga.. “
” Hensemnya abg mcm daddy dia.. “
” Abg Zareef … u re so handsome like your daddy… “
” Alhamdulillah… Congratulations buat Abg Zareef Yusof dan keluarga.. “
” Lepas ni harap daddy dptkan adik lelaki lg.. “
” Selamat ya abang @zareefyusofofficial atas kehadiran adik baru VR smg makin ramai bahagia di rumah.. “
” Tahniah Abang! Bestnya! Sama lah kita. Abang Jay pun dapat adik girl baru. @zareefyusofofficial.. “
Alahai, comel sungguh dua beradik ini. Nampak Zareef begitu sayang dengan adiknya dan seperti seorang abang yang begitu penyayang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Vie Raissa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zareef Yusof by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..