” Naik flight ni dengar suara abang Zarul, sanggup tak turun. Duk je dalam flight.. “

Zarul Umbrella Kongsi Video Thr0wback Ketika Berkhidmat Sebagai Pramugara. Suaranya Ketika Menyampaikan Pengumuman Memikat Hati Netizen. Wah, Sedapnya Suara !!

Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli bin Husin merupakan vokalis kumpulan Umbrella yang popular pada tahun 90 an. Zarul mula membuat kemunculan semula setelah lama menyepi selepas beliau menyertai rancangan Geg4r Vaganza pada tahun 2016.

Beliau mendapat tempat ketiga dalam rancangan Gegar Vaganza terbitan ASTRO. Zarul telah melepaskan jawatannya sebagai pramugara di Malaysia Airlines setelah berkhidmat selama 17 tahun. Kemunculan Zarul dalam dunia seni semula telah mengubat rindu para peminatnya.

Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 21 tahun iaitu Puteri Ayu Nur Arisya melalui perkahwinan pertamanya. Zarul telah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua pada 26 April 2009 bersama pasangannya, Intan Nur Fathihah.

Menerusi akaun Instagram, Zarul berkongsi videonya ketika beliau berkhidmat sebagai pramugara tiga tahun yang lalu. Video yang berdurasi seminit menunjukkan Zarul sedang membuat pengumuman dan suaranya menarik perhatian netizen.

Tonton video di bawah :

” Salah satu tugas cabin crew kena tahu buat announcement, #throwback MH21/MH20 KUL/CDG/KUL #a380 #mh P/s NAK TAHU PASAL PRAMUGARI DAN DUNIA PENERBANGAN .. check out my YouTube Channel – www.youtube.com/blogzarulumbrella “

Rata-rata netizen memuji suara Zarul yang begitu sedap didengar ketika membuat pengumuman di dalam kapal terbang. Antara komen-komen mereka :

” Sedapnyaa suara.. “

” Naik flight ni dgr suara abg zarul, sanggup x turun.. Duk je dlm flight. .. “

” Wowww amaze you.. “

” Ok i dah duduk dendiam and pasang seatbelt. Luggages stowed underneath the seat. Flight to London. With Leading Steward @zarulumbrella “

” Salah satu kerja fan is to enjoy watching this video your voice is so amazing buat announcement ni.. “

” We ask for your full attention to our safety briefings. Thank you.. ” 

Sememangnya suara Zarul begitu sedap didengar. Rasanya kalau Zarul menjadi penyampai radio pun pasti ramai terpikat mendengar suaranya yang begitu sedap. Semoga Zarul terus berjaya dalam bidang industri hiburan tanahair. All the best !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarul Umbrella by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..