” Ada sesiapa kenal Ustaz tak, kes1an guys member aku.. ” – Ajak Shiro
Ajak Shiro Kongsi Video Sahabatnya Issey Fazlisham Yang Sedang ‘Lupa Diri’ Bila BerTikT0k. Komen-Komen Daripada Peminat Sangat Menghiburkan !!
Mohd Hanaffi bin Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.
Kini Ajak mengendalikan rancangan pagi di stesen radio Suria FM sebagai penyampai di segmen Team Suria Pagi menerusi gandingan Issey Fadzlisham dan Fizi Ali. Sebelum ini Ajak pernah menjadi pengacara bagi rancangan Melodi. Di samping itu, Ajak juga menceburi bidang lakonan.
Umum mengetahui Ajak sangat rapat dengan sahabatnya Issey Fazlisham yang juga seorang pelakon dan pelawak. Kemesraan mereka ditambah lagi dengan bekerja di tempat yang sama dalam satu Team Suria Pagi, membuatkan mereka seringkali meluangkan masa bersama-sama.
Menerusi laman Instagram miliknya, Ajak telah memuat naik sebuah video Issey yang sedang membuat latihan untuk gerak gaya Tik T0k. Menurut Ajak, Issey sudah beberapa kali membuat latihan gerak yang sama untuk mengingati setiap step bagi lagu tersebut.
Dengan itu, Ajak yang sudah terkenal dengan kaki lawaknya itu telah membuat lawak di kapsyennya menyatakan betapa kas1hannya sahabatnya itu dan meminta kepada sesiapa yang mengenali seorang ustaz untuk merawat ‘penyak1t’ TikT0k yang mel4nda sahabatnya itu. Alahaiii..
Jom lihat video di bawah ini :
Melihat kepada video tersebut, ramai yang memberikan cadangan kepada Ajak, apa yang perlu dilakukan kepada Issey. Ini antara komen-komen mereka :
” Aku syorkan ko call je bapak Pipah, letak fon kat telinga dia.. mudah dan pantas hhahhaha.. “
” Jadi bahan weeii, ni ok lagi, klau tgk org yg cuba kat tpi jln lagi gamp4ng s1akkk.. “
” Spray je muka dia dgn ridset, sedar la dia tu, ajak shiro lawak ler, kelakau.. “
” Hembus sket kat telinga dia tu ajak shiro, Ruqyah kan dia bro!! “
Adoiii, Ajak..Ajak.. ada je idea ye nak usik orang. Tak ape lah, usik-mengusik ni kan tanda sayang. Cuma jangan berlebihan sudahlah. Nanti ada yang terasa hati pulak. Baiklah, semoga Ajak dan Issey terus bersahabat baik, bersahabat kerana Allah. Inshaallah..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Ajak Shiro, Issey Fazlisham
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..