” Aww sweetnya, suka sangat tengok.. ” – Netizen

Video Teaser Babymoon Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Yang Begitu Romantik Sekali. Wah, Bersemut Habis !!

Fasha Sandha kini hanya menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Ini merupakan anak sulung melalui perkahwinan kedua Fasha bersama pelakon Aidil Aziz. Pastinya pasangan ini tidak sabar dan berasa teruja.

Fasha mempunyai dua orang anak melalui perkahwinan pertamanya dahulu bersama Jejai. Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima tidak lama lagi akan bertukar status sebagai abang dan juga kakak. Fasha dan Aidil kini berada di Pulau Langkawi bercuti bersama keluarga.

Percutian mereka kali ini turut diabadikan kenangan dengan merakam video romantik di sebuah resort yang indah iaitu The Datai Langkawi. Percutian Fasha dan Aidil kali ini bukan sahaja sebagai honeymoon namun ia merupakan babymoon dengan keadaan Fasha yang sarat mengandung.

Menerusi akaun Instagram, Fasha telah memuatnaik teaser video tersebut untuk tatapan para peminatnya. Wah, nampak romantik dan bersemut habis. Pastinya ramai tidak sabar untuk menonton video penuh babymoon ini. Fasha dilihat begitu berseri-seri sekali.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mendoakan supaya urusan Fasha dipermudahkan. Antara komen-komen mereka :

” Semoga urusan fasha dimudahkan.. “

” Semoga urusan kak fasha dipermudahkan aamin .. “

” Awwwwww  sweetnya !! Semoga Allah swt permudahkan urusan bersalin fashasandha . Aamiin! Tak sabarnyaaaa.. “

” Semoga kak fashasandha selamat melahirkan bby yg sihat dan semua urusan going smooth sisterrr .. “

” Ya Allah, sweet nya… suka sgt tgk… semoga bahagia hingga akhir hay4t akk fasha & abg aidil.. “

” A very good moment.. Good view also semoga semua akn d permudahkan.. Aamiin.. “

” Moga dipermudahkan urusan bersalin nt to kak fasha.. aamiin.. “

Wah, tak sabar nak menonton video penuh. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Fasha dan Aidil. Semoga Fasha selamat melahirkan cahaya mata dan semoga mendapat bayi yang comel serta sihat. Jaga diri dan kesihatan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..