” Aamiin.. Doa anak2 yang tiada hijab.. InsyaAllah dimakbulkan.. “
Video Adik Nazrul Datang Konti Sinar, Doakan Elizad Dikurniakan Zuriat. Buatkan Ramai Yang Men0nton Tersentuh Hati !!
Baru-baru ini, tersebar sepucuk surat seorang adik lelaki yang tidak puas hati dan terk1lan dengan ahli masjid yang menyuruh dia pindah ke saf belakang walaupun pada awalnya dia berada di saf hadapan. Jadi, untuk meluah rasa tidak puas hati ini , dia telah menulis surat kepada pengurusan masjid tersebut.
Paling menarik, isi luahan hati adik tersebut melalui penulisannya itu tersebar ke laman media sosial dan surat tersebut mendapat perhatian dari Mufti Wilayah, iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Pagi ini, pihak Radio Sinar telah menjemput adik tersebut datang untuk segmen sembang pagi sinar.
Adik ini yang bernama Nadzrul Zarfan, telah ditemani oleh ayahnya iaitu, Sharul Azly. Dia yang ditemu ramah dengan penyampai radio SinarĀ iaitu, Angah dan Elizad. Gaya dan percakapan adik Nazrul itu mendapat perhatian umum kerana kepetahan bercakap dan dia seorang anak yang bijak.
Menerusi instagram milik Sinar_my, telah berkongsi satu video dimana dia telah ditemu ramah oleh penyampai radio iaitu Angah dan Elizad. Paling terharu, dan menyentuh hati apabila adik Nadzul sebelum berangkat pulang, dia telah berdoa untuk penyampai radio Elizad. Doa yang didoakan oleh adik Nadzrul itu ialah semoga Elizad dikurniakan zuriat.
Baca perkongsian tersebut di bawah :
” Adik Nadzrul Doakan Elizad Dikurniakan Zuriat.. “
” Alahai bagusnya adik Nadzrul ni, dia doakan kakak @elizadsharifuddin dikurniakan zuriat. Tersentuh hati Ejad masa adik Nadzrul baca doa tadi.. “
Rata-rata netizen juga turut terharu dan tersentuh akan doa adik Nadzul kepada Elizad itu. Antara komen-komen tersebut :
” Aamiin.. doa anak2 yg tiada hijab.. InsyaAllah di akbulkan.. “
” Tersentuh sangat hati ni. Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah dik.. Sejuk ibu dia mengandung.. “
” Amiin amiin. Allahu sebaknyaa.. “
” Ya Allah terang sungguh hati awak syg… Aamiin yra.. “
” Doa iklas dan berkah, aamiin.. “
” Aminn… Semoga dibukakan pintu2 rezeki zuriat bagi sesiapa yg belum mempunyai anak.. “
Amin.. semoga dimakbulkan doa adik Nadzul. Semoga Adik Nadzrul menjadi anak yang baik, mendengar kata kedua ibu bapa, dan berjaya dunia akhirat. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Elizad juga dikurniakan zuriat, dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Sinar_my, Elizad Sharifuddin by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..