” Wahhh… Datin lagu sangat terbaiiikk.. Dato pun nyanyi best juga… Caya la.. “

Teaser Lagu Khas Datin Shahida Dan Dato’ Aliff Buat Bayi Di Dalam Kandungannya Buat Peminat Terhibur. Puitis Sungguh Liriknya !!

Datin Shahida Rashid adalah isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau juga merupakan menantu kesayangan ibu mertuanya pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Datin Shahida mula dikenali menerusi penglibatannya di dalam kumpulan nasyid Solehah yang turut sama dianggotai oleh Bienda.

Memilih untuk menikahi Dato’ Aliff Syukri walaupun pada ketika itu beliau baru sahaja berumur 22 tahun dan Dato’ Aliff berumur 20 tahun, namun itu bukanlah hal4ngan untuk mereka membina rumahtangga yang bahagia. Kebahagiaan mereka diserikan dengan kehadiran 4 orang cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Terkini Datin Shahida sedang menunggu detik untuk melahirkan cahayamata mereka yang kelima. Beberapa hari yang lalu, Datin Shahida dan Dato’ Aliff telahpun membuat satu klip video yang mana lagu nyanyian mereka bersama untuk didedikasikan buat anak di dalam kandungannya itu. Walaupun sedang sar4t mengandung, semangat Datin Shahida amat-amat kuat demi untuk suami dan anak tersayang.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida memuatnaik sedikit keratan video semasa pembikinan video klip lagu nyanyian mereka berdua yang sememangnya dihasilkan untuk bayi didalam kandungannya. Menyifatkan lagu bersama ini sebagai kenangan untuk anak-anaknya apabila dewasa kelak.

Jom tengok video yang dikongsikan dibawah :

” First time saya dan @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu untuk baby.. Maybe sebab ni yang terakhir (buat masa ni )… Andai ada rezeki tidak menolak…….. Kami memang niat nak buat lagu untuk anak sebagai kenang-kenangan untuk anak bila anak dah besar….. ” 

” Betapa gembiranya kami nak meyambut kehadiran ahli keluarga baru kami… Harap-harap anda sudi dengar lagu ni dan komen ok…. Harap-harap anak saya pun suka juga. Kita release full video music bila baby keluar ok… On the way dah.. ”

Rata-rata peminat teruja dan suka dengan dendangan lagu dari pasangan romantis ini. Antara komen-komen peminat :

” Lagu dengan suara datin sedap.. Paling best (BERTEMAN DI RAHIM BONDA ).. “

” Sedap sangat-sangat .. Tajuk please.. “

” Elok je dato nyanyi.. Ishhh… Sebelum ni saje kannnn… Lagu ni best sangat.. “

” Sedap nye datin… Baby saya 2020, boleh bagi baby saya dengar sekali ni hehehe.. “

” Suka-suka . Suka sangat.. Sedeh dengar lagu ni. Walau pun dah jadi opah. Pada 6 Cucu2.. “

” Emmm bestnya lagu nie… Tahniah datin… “

” Bestttttttt suara datin dan dato pon sesuaii sangat. Sedap lagi suara dato dengan lagu-lagu macamni daripada sebelum ni.. “

” Sedap dan merdu sangat bila dengar lagu ni.. “

” Wahhh… Datin lagu sangat terbaiiikk.. Dato pun nyanyi best juga… Cayala.. “

Syahdu betul mendengar klip video ini. Walaupun cuma sedikit perkongsian, muzik dan liriknya menus0k kalbu terutamanya untuk para ibu yang sedang hamil. Ditambah suara Datin Shahida dan Dato’ Aliff yang merdu dan secocok berduet bersama.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga lagu ini menjadi kenangan terindah untuk anak-anak sebagaimana yang diimpikan.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida Rashid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..