” Aaisyah ni jenis tak meminta-meminta budaknya.. ” – Netizen

Video Rosix Omar Bawa Aaisyah Dhia Rana Shopping Di Kedai Mainan. Namun Sikap Aaisyah Di Kedai Tersebut Buat Ramai Yang Puji. Alahai Baik Betul Aaisyah Comel Ni !!

Rosix Omar merupakan seorang usahawan dan pereka fesyen tanah air. Dia juga merupakan sahabat baik kepada pengacara, pelakon terkenal iaitu Neelofa dan kakaknya, Noor Nabila. Namun Rosix juga turut bersahabat baik dengan pasangan suami isteri iaitu Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Untuk pengetahuan, Rosix juga sangat rapat dengan anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana. Sering berkongsi video meluangkan masa bersama Aaisyah buat ramai yang terhibur akan gelag4t Aaisyah bersama pakcik kesayangannya itu. Jangan tak tahu, Rosix juga sangat manjakan Aaisyah.

Aaisyah yang kini berusia 6 tahun tidak dinafikan sering menjadi tumpuan ramai kerana dia memiliki wajah yang comel. Petah berkata-kata seperti orang dewasa buat sesiapa sahaja melihat pasti terhibur. Bukan itu saja, dia juga sangat meminati solekan.

Menerusi akaun Instagram milik Rosix Omar telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau membawa Aaisyah Dhia Rana ke sebuah kedai mainan. Menerusi video tersebut, Rosix telah menyuruh Aaisyah untuk memilih mainan yang disukai oleh si cil1k itu. Wah seronoknya Aaisyah !

Ikuti perkongsian tersebut di bawah  :

Sikap Aaisyah yang tidak meminta-minta itu turut mendapat pujian netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ecah cm jenis xmeminta2 bdk nye.. Such a good girl! “

” Baiknya Aaisyah, tak pilih banyak mainan pun walaupun disuruh ambik je apa yang dia nak.. “

” Wah bagusla Aisyah tk paks42, muka pon cute je lps dpt.. “

” Aisyah perlu lebih masa utk berfikir yer… Dia ramb4ng mata.. “

” Amboi abang Rosix belanja ya Aisyah, bestnya.. “

” Punyalah cantik budak ni dri lahir smpai dh besar, baik pula tu sikapnya.. “

” Dia ramb4ng mata.. Hahah ambik semua Aaisyah, Rosixomar kayaaaaa.. “

Baik Aaisyah, kalau budak lain dah lama lari ke sana ke sini nak macam-macam mainan. Sopan je Aaisyah senyum bila dah dapat mainan dari Uncle Rosix. Apa-apa pun, semoga Rosix sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan ikatan keakraban antara Aaisyah dan Rosix akan berpanjangan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rosix Omar, Aaisyah Dhia Rana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..