” Comelnya, bibir mamanya nie.. ” – Netizen

Izara Aishah Kongsi Gambar Terkini Anaknya, Irisa Alaia Yang Sudah Pun Berusia Dua Bulan. MasyaAllah Comelnya !!

Pada 15 April lalu, pelakon cantik manis iaitu Izara Aishah telah pun selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan. Perkongsian berita gembira itu  telah dikongsikan sendiri oleh ibu mertua Izara iaitu Datin Seri Tungku Zawiyah di InstaStory di laman rasminya.Untuk pengetahuan umum, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid.

Kini, si kecil tersebut telah pun berusia dua bulan. Izara dan suami juga dilihat telah pun berkongsi wajah anak mereka kepada umum menerusi laman media sosial. Memilih nama Irisa Alaia buat permata hati pertama mereka ini turut mendapat perhatian ramai kerana ramai mereka suka melihat bayinya yang comel.

Selain itu, penampilan Izara selepas berpantang juga mencur1 perhatian warganet. Izara telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram dengan berat badannya telah turun dari 65 kilogram sehingga 53 kilogram hasil daripada rutin bertungku, sauna, ur0t, pemakaian bengkung dan penjagaan makanan.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Izara Aishah telah berkongsi gambar terkini anaknya. Irisa yang sedang tidur dibedung dengan kain. Sekali pandang rupa paras anak Izara ini seperti suaminya, Adib. Miliki rambut yang sangat lebat buat Irisa kelihatan bertambah comel.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah :

Perkongsian gambar terkini Irisa itu turut mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comelnyeeee…. Smoge ank titew pun secomel baby Izara… “

” Subahanallah indahnya ciptaan Allah…. Semoga baby menjadi anak yg solehah.. “

” Ya Allah so cute baby Izaraaishahofficial  congrats u guys.. “

” Comeyyy macam mak dia.. “

” Allahu.. Sama cousin dia Zara anak Tyaarifinnw dan Asyrafkhalid.. “

” Nape ttbe nampk mcm dah besar ni comel niii.. “

” Comei. Tak pakai filter pun cantik sangat. Muka baby asli cantik.. “

” Muke ayah.. Sejuk anak puan muke ayah.. Sehat selaluu ye nak.. “

” Alahaiii cantek nyaaa baby princess ni, comelnya bibir mamanya nie.. “

Alahai nyenyak betul baby Irisa tidur, ger4m je tengok. Tahniah Izara kerana sudah bergelar seorang ibu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Irisa membesar dengan sihat, menjadi anak kebanggaan, dan solehah buat kedua ibu bapanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izara Aishah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..