” 2 in 1 ke ? Gambar untuk kerja dan kahwin ? ” – Netizen
Azar Azmi Kongsi Gambar Photosho0t Mesra Bersama Fizo Omar Buat Ramai Yang Mendoakan Pasangan Ini Cepat-Cepat Naik Pelamin. Wahh Nampak Bahagia Sangat !!
Mungkin sudah ramai ketahui bahawa pelakon Fizo Omar dan Azar Azmi semakin kelihatan rapat dan mesra walaupun masing-masing mendiamkan diri tentang status sebenar mereka. Sebelum ini Fizo dan Azar pernah bergandingan bersama menerusi drama Maaf Tak Indah pada awal tahun lalu.
Ramai yang dapat menghidu antara Azar dan Fizo mempunyai sesuatu yang istimewa. Manakan tidak, masing-masing sering berkongsi kapsyen seperti sedang hang4t bercinta. Berkongsi hobi yang sama iaitu dalam sukan permotoran off-road dan dilihat mereka ini begitu serasi bersama.
Untuk pengetahuan semua, nama Azar kian menjadi sebutan setelah memegang watak Juwita sebagai pelac0r menerusi drama ‘ Nur 2’ yang cuba memikat ustaz Adam lakonan oleh Syafiq Kyle. Siapa sangka, daripada memulakan kerjaya lakonan sebagai watak tambahan kini Azar menjadi buruan pengarah untuk menjadikan dia sebagai pelakon utama.
Menerusi akaun Instagram, Azar telah berkongsi gambar terkini bersama Fizo. Mereka berdua sedang menjalani satu photosho0t untuk rancangan bersama Azar dan Fizo menerusi saluran Youtube. Namun melihat gambar mereka ini seakan seperti sedang menjalani pre wedding. Wahh memang cantik sangat gambar.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Malah rata-rata netizen turut memberikan komen agar pasangan ini cepat mendirikan rumahtangga. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sentiasa tersenyum tgk Mek Ja gan Abe Joe ni, macam dah bau-bau nasi minyak.. “
” Sweetnyaaa.. Mcm gambar kahwin pula tgk gambar korang ni.. “
” Alaaa2 adek.. Memasing tag di hati memasing tuu.. Lain org lain tag yeaa… Cuteee ngat, blh cpt nikah dah ni.. “
” 2 in 1 ke? Gambar untuk kerja dan kahwin?? Macam gambar pre wedding ni.. “
” Mek Ja dan Abe Joe semoga ada jodoh, cepat-cepat naik pelamin.. “
” Cantik betul Azar seri sangat, Fizo pun senyum seperti bahagia.. Doa semoga ada jodoh bersama.. “
Alahai ramai betul peminat yang mendoakan Azar dan Fizo cepat-cepat naik pelamin. Doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau dah ada jodoh, pasti tak kemana. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Azar dan Fizo sentiasa berjaya dalam bidang yang diceburi oleh mereka, andai ada jodoh kalian bersama, semoga segalanya dipermudahkan. Aamin.
Sumber : IG Azar Azmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..