” Zul Alipin, kenapa dah tak katang, kenapa katik. Adoiii lawak-lawak. Hahaha.. “

Gandingan Yoe Parey, Asif Suhaimi, Jihan Muse Dan Bell Ngasri Dalam Parodi MeleT0P Drama Spontan Edisi Khas Neelofa Buat Ramai Terhibur. Kelakarnya Bertubi-Tubi !!

Jihan Muse dan Bell Ngasri sememangnya pelawak yang terkenal dengan aksi men1ru watak parodi. Gandingan lawak bersahaja daripada mereka pasti akan membuatkan peminat gel1 hati dan ketawa melihatnya. Manakan tidak, melihat mimik muka mereka sahaja sudah mampu memec4hkan ketawa.

Jihan Muse satu nama yang semakin meningkat naik sekarang. Jihan merupakan Pemegang trofi Artis Komedi Wanita Popular Berita HARIAN 2013 dan Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik Anugerah Lawak Warna. Selain menggalas tanggungjawab sebagai hos Geg4r Vaganza, Jihan juga sering melakonkan parodi MeleT0P sehinggakan diberi jolokan ‘Ratu Parodi’.

Manakala bagi pemilik bernama Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ini, walaupun beliau tidak dikategorikan sebagai artis popular sekalipun sudah 32 tahun di dalam bidang seni, namun beliau bersyukur kerana masih boleh bertahan dan dikenali ramai. Namanya kembali melonjak naik apabila parodi Geg4r Vaganza yang dilakonkannya mendapat perhatian peminat. Serius kelakar Bell ni !

Malam tadi sempena hari terakhir Neelofa mengacara program MeleT0P, gandingan padu di antara Jihan Muse, Bell Ngasri dan trio pantai timur yang semakin dikenali iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazli membuatkan peminat ketawa terbahak-bahak. Mereka memparodikan gabungan drama lakonan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot, Red Velvet danĀ  Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Yoe Parey dan Asif Suhaimi mula dikenali setelah lakonan spontan mereka di bawah produksi dan youtube channel Syahmi Sazli mendapat perhatian luas. Kedua-dua anak istimewa ini merupakan insan istimewa yang diklasifikasikan sebagai aut1sme dan masalah pembelajaran.

Nama mereka mula dikenali setelah drama spontan di dalam dialek Kelantan mendapat tontonan sebanyak 56.3 juta tontonan bermula dari drama spontan 1 hingga drama spontan 14. Mengagumkan kerana drama ini tiada sebarang skrip khas dan segalanya keluar secara spontan dari mulut anak istimewa ini.

Ramai netizen terhibur dengan gelagat spontan mereka. Antara komen-komen netizen :

” Parodi tahun 2019 yang paling best… “

” Terbaikk la semuanya, selok jugokk main dengan yoe dengan Asif.. Terbaikk bossku.. “

” Ekjaz… Boleh ejaz topi awak sikit…!?.. “

” Izinkan sis gelak jehan. Ade je lawak kau kan.. “

” Zul alipin.. Kenapa dh tak katang.. Kenape katik… Hahaha.. Adoiii Lawak-lawak.. “

” Ya Allah berdekah sis tengok video parodi ni.. “

” Ya Allah cute sangat nihh.. I kenot lahh.. “

” Best gilerr.. Ku dah tak tahan.. Jihan boleh cover lagi.. Hahahahaha.. Tahniah tahniah.. “

” Muka asif tak boleh blahh part kenapa kamu dua pilih saya hahahahaha.. “

” Hahaha .. Jihan tak larat tahan gelak.. “

Betul-betul menjadi parodi drama spontan mereka. Boleh dikatakan gabungan yang mantap dan mampu mengeletek hati semua orang yang menonton. Walaupun ada kalanya dilihat Jihan menahan gelaknya namun mereka berhasil membuat satu video parodi yang menghiburkan. Tahniah !

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga bakal ada lagi gabungan dan kesinambungan drama dari gandingan melet0p ini di masa hadapan dan semoga kehadiran pendatang baru Yoe Parey, Asif dan Syahmi mewarnai lagi dunia hiburan tanahair.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube MeleT0P, IG Syahmi Sazli, IG Bell ngasri by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..