” Zahra dengan muka kesian dia tapi still comel hahaha.. “

Video Azzahra Jiwa Asyraf Anak Tya Ariffin Buat Muka Kasihan Minta Disuapkan Jiwaku Kids Buat Netizen Ger4m. Part Yang Last Tu Masya Allah Comel Gil4 !!!

Diberi nama Azzahra Jiwa, anak kecil ini adalah anak kepada pelakon Indonesia Tya Ariffin dan Muhammad Asyraf Khalid iaitu anak kepada ahli perniagaan berjaya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Zahra juga adalah cucu tiri kepada penyanyi tersohor Dato Siti Nurhaliza.

Dilahirkan pada tanggal 9 Mei 2019, Zahra adalah anak kedua kepada pasangan ini di mana Zahra mempunyai seorang abang bernama Arif Jiwa. Zahra yang comel mewarisi kecantikan dan ketampanan wajah ayahnya itu sememangnya menjadi tumpuan peminat.

Selepas kelahirannya, telahpun diwujudkan akaun sosial Instagram miliknya yang kini telahpun diikuti oleh 160 ribu pengikut. Segala perkembangan Zahra, gambar-gambar dan videonya dikongsikan di akaun tersebut untuk tontonan peminat.

Menerusi akaun Instagram Azzahra Jiwa Asyraf, telah dikongsikan satu video di mana Zahra bersama abangnya Arif sedang duduk bersama-sama ibunya Tya Ariffin. Dapat dilihat Tya sedang menyuapkan supplement Jiwaku kids kepada Arif namun reaksi muka Zahra yang ternanti-nanti disuap sama mengundang kelucuan.

Jom tonton video di bawah :

” Nasib dapat tengok je @jiwakukids.. “

Rata-rata netizen gembira melihat telatah anak kecil ini. Antara komen-komen netizen :

” Kasihan tengok muke dia tu.. “

” Zahra dengan muka kesian dia tapi still comel hahaha.. “

” Pandanggg je yang tengah tuu. Comellllll zahra.. “

” Ciannn baby zahra.. Telan air liur jer lah yer cayang.. “

” Comelll zahra.. Ger4mm laa tengok muke dia.. “

” Ala sian dia nk jugak.. Bukak mulut dah.. “

Muka kesian pun tetap comel dan mengundang ger4m netizen pada si comel Zahra ini. Lirikan mata melihat abangnya Arif makan alahai kesian betul. Tapi apa boleh buat umurnya belum membolehkan untuk turut sama makan supplement abangnya itu.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Zahra akan membesar menjadi anak yang bijak pandai dan berguna untuk ibu bapa dan keluarga.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azzahra Jiwa Asyraf by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..