” You ke ni Oktovia, makin manis dan ceria sekarang.. ” – Netizen

Oktovia Manrose Kongsi Berita Penghijrahan Dirinya Raih Pujian Peminat. Alhamdulillah, Semakin Cantik Dan Berseri Oktovia. Semoga Terus Istiqomah !! 

Menurut laporan portal Berita Harian sekitar bulan Ogos yang lalu, telah melaporkan bahawa pelakon yang juga anak kepada bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan Syahman, Oktovia Manrose telahpun berhijab dalam diam-diam sejak Aidilfitri yang lalu.

Tidak mahu berkongsikan dan menghebahkan mengenai penghijrahannya itu, Oktovia berharap agar jalan yang dipilihnya itu dapat dilalui dengan istiqomah. Meninjau akaun Instagram Oktovia Manrose, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan imej terbarunya itu.

Mengucapkan syukur pada permulaan kapsyennya, Oktovia mengatakan Oktovia yang sekarang bukanlah yang dahulu. Dek kerana ramai yang bertanya, maka Oktovia menjelaskan ia dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya.

Merasai teruja dengan perubahan barunya ini, Oktovia juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan berharap keluarga, rakan-rakan dan peminat akan selalu memberikan sokongan. Memang nampak manis dan berseri-seri Oktovia sebegini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Khabar dari Oktovia ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Ramai yang memuji penampilan Oktovia dan antara komen-komen mereka :

” You ke ni Oktovia, makin manis dan ceria sekarang. Keep going Oktovia, i am at your back. Semoga terus istiqamah.. “

” Lebih cantik, lebih vogue manis sampai bersemut. Lipan, lipas semua kelu4r dari screen ni hehe. Alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah, so cantik adikku. Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Jaga diri, jaga kesihatan. Akak sentiasa doakan awak.. “

” SubhanaAllah, insan terpilih dan Allah sayang. Nikmat yang tak mungkin semua orang dapat miliki. Alhamdulillah, moga terus istiqamah.. “

” Alhamdulillah, makin cantik sangat. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu my sporty scorpio.. “

” Yes Alhamdulillah. mmg kami nmpk perbezaan bile kak via pakai tudung. nampk lebih cantik dan cahaya nur itu ada. I am not ly1ng you.. “

” Saya tumpang gembira melihat Oktovia berhijab. cantikkk sangat sangat sis. Perubahan yang baik.. Aamin insyaAllah kita sana2 mencari keredhaan Allah.. “

Alhamdulillah, perubahan yang pastinya membawa lebih ketenangan untuk Oktovia. Semoga Oktovia sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus istiqamah dalam mencari redha-Nya dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Oktoviamanrose, Portal Berita Harian 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..