” You can never fo0l your own mother.. ” – Datin Zizie Izette
Video Gelagat Anak Kembar Datin Zizie Izette, Aadam Zac Dan Aaleph Zeke Mengelirukan Mommy Mereka Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Sungguh Kembar Ni, Pandai Kelentong Mommy Yer !!
Nama pelakon cantik dan putih gebu, Datin Zizie Izette tidak perlu diperkenalkan lagi. Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mempunyai personaliti yang menarik dan sangat disukai ramai kerana perwatakannya yang ceria dan peramah.
Hasil perkahwinannya bersama Datuk Bung, pasangan ini mempuunyai sepasang kembar lelaki yang bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette dan seorang anak perempuan yang diberi nama Aalisa Belle Izette. Mereka turut mempunyai dua orang anak angkat yang dijaga seperti anak kandung sendiri iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Ibu kepada 5 orang anak ini sering berkongsi gelagat-gelagat anak-anaknya di akaun Instagram miliknya. Ada sahaja keletah mereka yang mencuit hati dan membuatkan ramai yang terhibur. Lebih-lebih gelagat comel si kembar Aadam dan juga Aaleph.
Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Zizie berkongsi video sedang berkomunikasi dengan anak kembarnya itu. Aadam dan Aaleph cuba mengelirukan identiti dan nama mereka apabila ditanya oleh mommy mereka. Jawapan dan gelagat mereka itu sangat mencuit hati. Alahai comel sungguh !!
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Zizie buat ramai yang terhibur dengan keletah si kembar ini. Antara komen-komen peminat :
” Ala comey nya.. da besar dah dia. Heheehehe.. cleaver boy ni. Amaiguddddd… they r too cute.. “
” Saya suka sgt cara datin comunicate wth yr kids. Oooooh so clever! I wanna twins too.. “
” Aduiii kenapaaa comel betul niiii. Dah la bijak comel lagi.. Hahahah pandai sangat ni nak kenakan mommy dia.. “
” Pandainye nk confusekn mommy dia ek. dia tak tau dr dlm peghot lg mommy dia dh knl dah. Hahaha.. “
” Aawww they both are soooo super duper cute. Ahahahah chumel nya Masya Allah, pandai u trick them back.. “
” Hahaha…super duper cute trying hard to fool their mummy but unfortunately mummy are more expert.. “
” Comeynya kembar ni pndai pula tue cute sgt zizieizette suka tgk keletah diorg.. “
Alahai pandai betul Aadam dan Aaleph nak bagi mommy keliru yer. Macam lah mommy tak kenal mana satu Aadam dan mana satu Aaleph. Alahai ada sahaja gelagat si kembar ini yang menghiburkan hati mommy dan peminat-peminat semua. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..