” Yang besaq tu baju, janji pinggang maintain pinggang anak daqa.. “

Rozita Che Wan Kongsi Gambar Bergaya Dengan Seluar ‘Diskang’. Woww !!  Che Ta Tetap Melet0pss Dan Ber’style’ Gitu..

Siapa tidak kenal akan pelakon tinggi lampai iaitu Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ Che Ta ‘ . Sering kali memuat naik foto menerusi laman media sosial tentang gaya baju yang cantik sering mendapat perhatian orang ramai. Beliau cukup dikenali menerusi dramaKiah Perkasam’  yang berjaya meletakkannya sebagai seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Beliau juga merupakan pelakon yang sensasi apabila telah berkahwin dengan pelakon yang popular dengan sitkom ” Oh My English “ iaitu Zain Saidin. Pasangan ini telah berkahwin pada 13 Disember 2013 dan hingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Pasangan ini juga mempunyai beberapa perniagaan hasil kerjasama bersama. Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Terdahulu, Che Ta merupakan bekas pramugari dan menyertai penerbangan Malaysia (MAS) pada 1992 dan bertugas selama tiga tahun sebelum beliau bergelar pelakon.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram, Che Ta telah berkongsi satu keping gambar beliau bergambar secara berseorangan. Paling menarik, Che Ta menggayakan baju dan seluar agak besar dan beliau merasakan diri beliau menjadi ‘besar’ gara-gara mengenakan pakaian seperti itu.

Ikuti perkongsian Che Ta di bawah :

” Sesekali pakai seluaq diskang ni qasa mcm membesar plk.. Tp tk pa.. Yg besaq tu bj, janji pinggang maintain pinggang anak daqa @aslvn, IRIS DUSTY PINK @byrcw .. “

Rata-rata peminat memuji Che Ta kerana beliau kelihatan sangat cantik dengan fesyen begitu. Antara komen-komen tersebut :

” Aduhhh gojes nya.. “

” Ampa pakai apa pun elok.. “

” Cantik sgt.. suka tgk Che Ta.. “

” Sentiasa cantik Che Ta.. “

” Pakai lah gaya apa pun.. U tetap jelita.. Cantik hati.. Cantik lah luaran nya.. Aklak nya cantik.. Pekerti pun baik.. Sempurna ciptaan Allah.. “

” Sesekali pakai begitu, you looks smart and chic.. “

Che Ta tak pernah tak cantik. Sentiasa cantik dan pandai berfesyen. Tak pernah lagi tengok  tak bergaya. Beliau juga merupakan seorang wanita elegen.  Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Che Ta sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..