” Ya Allah ingat kembar. Manisnya dua-dua.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Dan Video Sempena Hari Lahir Adiknya Aina Fadhilah, Wajah Adik Mira Filzah Raih Tumpuan Peminat. Wahhh Cantik Sangat, Dah Macam Kembar Seiras !!
Nama Mira Filzah tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti cantik yang kini meniti hari bahagia untuk bernikah tidak lama lagi sering menjadi perhatian ramai. Drama lakonannya Bidadari Kiriman Tuhan bergandingan dengan pelakon kacak, Zul Ariffin kini sedang ditayangkan Di Astro Ria.
Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan saat Mira bernikah dengan pasangannya Wan Emir Astar Bin Wan Mohammad Khair-il Anuar. Jejaka yang berjaya mencur1 hati Mira ini merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Pada bulan Julai yang lalu, Mira telah mengesahkan sudah bertunang dengan anak Datin Mastura Mohd Yazid itu. Perkahwinannya dikatakan bakal berlangsung pada bulan Oktober ini. Perkongsian Mira ini merupakan berita gembira buat peminat-peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.
Hasil tinjauan kami di akaun Instagram, Mira berkongsi beberapa gambar dan video bersama adik kesayangannya yang bernama Aina Fadhilah. Mira turut menitipkan ucapan selamat hari lahir yang ke 25 buat adiknya itu. Namun wajah Aina yang seiras dengan Mira jadi tumpuan netizen. Dua-dua cantik dan comel.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Perkongsian Mira meraih pujian peminat. Ramai yang cakap macam kembar Mira dan adiknya ini. Antara komen-komen peminat :
” Ehhh adik nk kawin dulu ke ? Pastu mira bila plak ? Bukn thun ni jugak ya ? Ahha bz body sungguh.. “
” Cantikkk nyeee akak berdua niuu. Ingat kan Manis dengan Manja.. “
” Yessss yoo too kan sis. Hehehe we are here for you too mfmirafilzah.. “
” Semoga selalu dalan rahmatNYA, dilimpahkan rezeki, dan berbahagia dunia akhirat.. Aamiinn.. “
” Comel nyaa la hai dua dua. sweetnyaaa adik kakak ni. Happy birthday.. kembar sgt muka 2 beradik ni. omeyyy.. “
” Seperti kembar kalian tuhh. mfmirafilzah Pun sama juga last as a miss tahun ni.. “
” Ya Allah ingat kembar hahahahahaha. Manisnya dua-dua. Seiras btul adik beradik.. “
Alahai beruntung mak dan ayah Mira ada anak-anak yang cantik, baik, sopan santun dan berbudi bahasa macam Mira dan Aina. Apa-apa pun tak sabar nak menantikan saat Mira melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Semoga segala urusan dan persediaan menjelang hari bahagia dipermudahkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Mira Filzah, Aina Fadhilah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..