” Patutnya scene ini kena tunjuk kat TV.. ” – Netizen

Video Deleted Scene Helmi ‘Sekolahkan’ Nurul Ain Raih Perhatian Ramai. Oo Patut Lah Tiba-Tiba Nurul Ain Menghilang, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya !!

Walaupun drama 7 Hari Mencintaiku 2 (7HM2) sudah melabuhkan tirainya minggu lalu, namun sehingga sekarang masih ada lagi yang memperkatakan lagi tentang drama fen0mena ini. Drama yang diadaptasi oleh sebuah novel hasil karya penulis novel terkenal, Siti Rosmizah ini berjaya menambat hati penonton.

Setiap watak yang ada dalam drama 7HM2 ini dilakonkan dengan baik dan berkesan oleh semua pelakon. Para pelakon berjaya menghidupkan dan menjiwai setiap watak dengan penuh perasaan sehingga terkesan di hati penonton-penonton.

Setiap yang terlibat dengan drama ini memainkan peranan mereka dengan baik. Namun begitu terdapat banyak video deleted scene drama 7HM2 yang dikongsikan di media sosial. Ada beberapa yang babak yang menarik untuk ditonton.

Menerusi akaun Instagram, Rosmizah telah berkongsi satu video deleted scene dalam drama 7HM2. Babak yang dikongsikan adalah perbualan antara Helmi dan juga Nurul Ain. Dalam video yang dikongsikan Helmi memberi amar4n kepada Nurul. Rosmizah juga turut memuji bakat lakonan Syazwan dan berharap Syazwan akan memenangi anugerah pelakon terbaik satu hari nanti.

Video tersebut turut dikongsikan di akaun Instagram Inaijari. Sama-sama kita tonton video di bawah :

Perkongsian video ini meraih perhatian khususnya peminat-peminat drama 7HM2 ini. Antara komen-komen mereka :

” Delete scene semua best2, nape x siarkan mse cite tu.. Byk deleted scene bha.. “

” Syg sejuta kali syg scene kena delete.. gerenti ramai yg akan puas hati bila nurul kena ‘sekolah’ dgn helmi.. “

” Best lakonan dia.. hidup betul, watak ape pon menjadi. Ramai sgt pelakon terbaik dlm drama ni, tolong la bgi award dkt mereka semua ni.. “

” Patutnya scene kena tnjk kat tv.. takde la org tertanya2 mana nurul tu pegi. Lepas tengok ni rasa kesian lak kat nurul.. “

” Kan dah ckp.. helmi ni jgn dibawa main.. nampak gurau tapi jgn sentuh kak long dia bb dia syg kak long dia… Kak long dia umpama nyawa ke 3 dia selepas sofi.. “

” Tidak boleh dinafikan lagi… Helmi punya sekolah mmg power. Tidak boleh dinafikan lagi… Helmi punya sekolah mmg power.. “

” Bakat syazwanzulkifly mmg xdpt d nafikan kn.. Trbaik n superb setiap lakonan dia.. moga dpt award satu hr nnti.. InshaAllah.. sy feel g1la scene dia ni.. tp nurul tu mcm kurang skit la bg sy emosi dia.. its okay still bleh garap.. maybe sebab first time dia jd antag0nis mlalui drama ni kn.. Rindu 7HMk2 … congrates again my favourite novelis n teams.. “

Alahai sayangnya deleted scene seperti ini tidak dimasukkan dalam drama 7HM2. Tak apa lah, mungkin ada sebab dan pihak produksi ada alasan yang tersendiri. Tapi best pulak tengok adegan Helmi ‘basuh’ Nurul Ain kan. Hehehe. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dalam drama 7HM2 ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Rosmizah, Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..