” Ya Allah, bagusnya sis Fasha tak buka tudung.. ” – Netizen

Aidil Aziz Kongsi Gambar Isterinya, Fasha Sandha Yang Kini Sedang Menanti Masa Untuk Bersalin Di H0spital. Penampilan Fasha Mendapat Pujian Netizen. Doakan Semoga Dipermudahkan !!

Umum mengetahui Fasha Sandha kini sedang sarat hamil anak ketiganya yang juga merupakan anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon, Aidil Aziz. Terdahulu, Fasha dikurniakan dua orang cahayamata hasil perkahwinannya dengan Jejai iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysya Jemaima.

Baru-baru ini telah diadakan majlis kej0tan Baby Shower buat Fasha yang dianjurkan oleh ahli keluarga terdekat dan juga sahabat-sahabat karibnya. Dalam majlis berkenaan, Fasha telah mended4hkan jantina anak yang dikandungnya adalah anak perempuan.

Walaupun sedang sarat mengandung, namun penampilan Fasha tetap masih cantik dan bertambah berseri-seri menanti saat kelahiran anak ketiganya itu. Pastinya peminat-peminat juga tidak sabar untuk menantikan Fasha untuk selamat bersalin.

Hasil tinjauan kami di Instagram, Fasha berkongsi gambar terbarunya dengan kapsyen meminta peminat mendoakan untuknya dan juga bakal anak yang akan dilahirkan nanti. Digelar sebagai baby A, pasti peminat tidak sabar menantikan anak ketiga Fasha ini.

Ikuti perkongsian di bawah :

Aidil juga turut berkongsi gambar Fasha yang kini berada di atas katil h0spital :

Peminat mendoakan semoga urusan Fasha dipermudahkan oleh Allah. Antara komen-komen rakan selebriti dan juga peminat-peminat :

” InsyaAllah semuga Allah permudahkan segalanya untukmu sekeluarga adik manis fashasandha selamat bersalin syg.. ” – Zarina Zainuddin

” Semoga di permudahkan semuanya.. ” – Siti Nursairah Tarudin

” Moga Allah permudahkan urusan Inshaa Allah.. bnyakkan doa dan zikir yer.. “

” Suka tengok kak fasha pakai tudung. Sejuk je mata yang memandang.. “

” Semoga semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya buat ibu dan baby… aamiin ya Rabb.. “

” Inn shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya utk kak fashasandha sekeluarga.. “

” Ya Allah… Bgus nya sis fasha… Tk buka tudung… Suami yg baik. Suami yg membimbing isteri ke arah kebaikan. Syukur alhamdulillah. Tak sempurna tk pe. Yg penting niat dan usaha.. Sempurna itu akn menyusul kemudian. Semoga Allah permudahkan segala urusan yee.. “

” Waalaikummussalam.. InshaAllah diPermudahkan.. Semoga ibu dan baby sihat.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Fasha untuk melahirkan anak ketiganya ini dipermudahkan oleh Allah. Semoga anak yang bakal dilahirkan ini nanti akan menjadi anak yang solehah insha Allah. Wahhh tak sabarnya nak tengok wajah baby A, mesti cantik macam ibu dan kakak Jemyma.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..