” Wowww tak nampak pun suami tu umur 47 tahun.. ” – Netizen
Gambar Pre Wedding Miera Leyana Raih Perhatian Peminat. Wahhh Cantiknya, Nampak Klasik. Dah Macam Buat Iklan Jam Mahal !!
Baru-baru ini pelakon cantik Miera Leyana atau pemilik nama sebenar Miera Leyana Datuk Seri Kasmi mengadakan majlis Resepsi di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ramai rakan-rakan selebriti yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.
Terdapat juga desas desus sebelum ini yang mengatakan Mira merupakan isteri kedua kepada suaminya, Rosland Othman. Namun baik Miera mahupun Rosland masih terus berteka-teki mengenai isu ini. Malah bagi Miera, tidak salah jika dia adalah isteri kedua atau ketiga sekali pun.
Untuk rekod, Miera dan Rosland yang kini sudah berusia 47 tahun disatukan sebagai suami isteri pada 26 Julan lalu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Mengenakan pakaian pengantin yang cantik daripada designer terkenal, Rizman Ruzaini menampakkan lagi kejelitaan dan keanggunan Miera.
Hasil tinjauan terbaru kami, Miera telah berkongsi gambar pre wedding bersama suami di akaun Instagram miliknya. Gambar pasangan sama cantik sama padan ini nampak begitu klasik dengan warna hitam dan putih. Alahai cantik sangat Miera.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..)
Perkongsian Miera meraih perhatian ramai. Antara komen-komen peminat :
” Wowww tak nampak pun suami tu umur 47 tahun.. “
” Mmg padanlah u both ni – segak & cantik – org kata dah matched in heaven.. “
” Gambar nampak macam iklan jam.. cantik sangat. Sweet couple.. “
” Tahniah c cantik manis.. sama cantik and Tampan. Definitely one of my favorite duos.. “
” Mieraleyana sesuai dengan u. semoga kekal ke akhir hayat.. “
” Lovely love birds. Selamat pengantin baru kak mieraleyana dan suami.. “
Wahhh memang bagikan pinang dibel4h dua, sangat-sangat sepadan. Bak kata Miera, umur hanyalah angka tau nombor sahaja, yang penting mereka bahagia melayari alam rumahtangga. Semoga Miera dan Rosland dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah warahmah. Aminn…
Silakan SHARE..
Sumber : IG Miera Leyana, the.affiliates
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..