” Woww sweetnya ucapan, jaga Mira elok-elok tau.. ” – Netizen
Posting Pertama Wan Emir Astar Selepas Menjadi Suami Mira Filzah Raih Perhatian Ramai. Kata-Kata Yang Romantik Dan Islamik, Sweet Sangat !!
Tahniah buat pelakon terkenal, Mira Filzah yang telah selamat menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar pada malam semalam. Majlis yang gilang gemilang itu telah diadakan di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan rapat serta media.
Mira yang tampil dengan busana baju kurung pahang bewarna putih hasil rekaan Rizman Ruzaini pada malam itu sangat kelihatan ayu sekali, meskipun dilihat pakaian pengantin Mira ringkas, ia kelihatan mewah dan elegant. Tidak kurang juga pengantin lelaki, Wan Emir yang tampil kacak dan berseri pada malam itu.
Sebelum ini, ramai yang telah menjangkakan bahawa pasangan ini akan mengakhiri zaman bujang mereka pada tahun ini. Namun yang menjadi teka-teki iaitu tarikh ijab kabul mereka. Akhirnya Mira telah membuat kenyataan rasmi kepada media bahawa memilih tarikh 3 September sebagai tarikh pernikahannya.
Terbaru, hasil tinjauan di akaun Isntagram milik Wan Emir, telah berkongsi posting terbaru setelah dirinya bergelar suami kepada Mira Filzah. Kata-kata manis yang ditujukan buat isteri tercinta sangat mendalam dan penuh bermakna. Memang sesiapa baca kapsyen Wan Emir memang boleh tahu bahawa Emir ni seorang yang romantik.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Posting Wan Emir itu turut raih perhatian warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Woww sweetnya ucapan, jaga Mira elok-elok tau.. Semoga berkekalan sampai syurga.. ”
” Tahniah bro… Semoga diberkati & bahagia sampai syurga.. “
” Congrats both of you. Sakinah mawaddah warahmah amin ya rabbal alamin.. “
” Semoga kekal hingga ke jannah, selamat pengantin baru Emir dan Mira.. “
” Cia chiaaaa,.. Selamat Pengantin Baru moga bahagia sampai Jannah. Aamin.. “
” Smoga bahagiaa dn boleh bimbing mfmirafilzah hingga ke syurga.. “
Alahai sweet betul ucapan Wan Emir buat isteri tercinta. Apa-apa pun, segalanya dipermudahkan, Alhamdulillah mereka telah pun bersatu. Kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru buat Mira dan Wan Emir, semoga ikatan yang dibina ini kekal abadi hingga ke Syurga. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wan Emir Astar, Mira Filzah, Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..