” So cute, bila dah makin baby membesar, lagi tak muat dah baju.. ” – Netizen

Zahirah Mcwilson Kongsi Video Thr0wback PhotoSh00t Ketika Usia Kandungannya 19 Minggu. Alahai, Terp4ksa Orang Lain Pegangkan Seluar Kerana Perut Makin Membesar !!

Umum mengetahui bahawa pelakon cantik Zahirah Macwilson kini sedang berbadan dua hasil perkongsian hidupnya bersama pelakon Aiman Hakim Ridza. Berita ini turut membawa khabar gembira buat peminat pasangan merpati dua sejoli ini.

Zahirah telah berkongsi berita gembira itu apabila kandungannya sudah mencecah 6 bulan di akaun Instagramnya tempoh hari. Anak kepada pelakon Zainol Macwilson ini juga turut menyatakan bahawa dia tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung ini.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lepas setelah menjalin cinta sejak dua tahun lalu. Mereka mula berkenalan apabila bersama-sama membintangi sebuah drama berjudul Cur1 Cur1 Cinta yang bersiaran di Astro.

Menerusi akaun Instagram, Zahirah telah memuatnaik video thr0wback ketika dia membuat photosh00t. Menurut Zahirah ketika ini usia kandungannya sudah mencecah 19 minggu. Oleh kerana perut yang makin membesar, Zahirah memerlukan seseorang memegang seluarnya kerana seluarnya tersebut sudah ketat dan tidak boleh di zip.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji penampilan Zahirah yang makin berseri-seri sejak berbadan dua. Antara komen-komen mereka :

” Take care of ur baby. banyakkan baca quran. jgn tinggal solat. suruh husband rajin baca quran dan sedekah utk kebaikan kelahiran.. “

” Congrats bb.. Can’t wait to meet your mini you! “

” I feel you. Semua seluar / kain sebelum pregnant tak boleh pakai dah .. “

” Sama la kita x bule zip, pakai sluar preggy jenis button ja.. “

” So cute mommy to be.. Alooo2 so cute.. Moga sentiasa sihat dan lindungi Allah.. “

” U look tired but still gorgeous.. Moments paling in love time pregnant .. ”

” Mommy to be nie semakin berseri2..sikit2 lama bila dah makin baby membesar..lagi xmuat dah kena tukar baju khas pregy.. “

Sememangnya nampak berseri-seri di wajah Zahirah walaupun dalam masa yang sama kelihatan Zahirah seperti agak penat. Semoga dipermudahkan segala urusan Zahirah dalam menjalani tempoh mengandung yang berbaki dalam 3 bulan lagi. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Mcwilson

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..