” Wow bahasa dia, mak mak je yang faham. Haha.. ” – Nad Zainal

Amyra Rosli Kongsi Paparan Perbualan WhatsApp Yang Dihantar Oleh Anaknya, Aqeef Anaqi Buat Peminat Terhibur. Alahai Taip Apa Tu Anaqi, Hanya Mommy Je Boleh Faham Ni. Amyra Pun Layan Je, Haha !!

Meninjau akaun Instagram Amyra Rosli, telah dikongsikan beberapa gambar yang menunjukkan paparan perbualan antara Amyra bersama anak sulungnya, Aqeef Anaqi di applikasi WhatsApp. Memandangkan Amyra berada di lokasi penggambaran, ini salah satu cara untuk Anaqi berhubung dengan mommynya ini.

Cerita Amyra di kapsyennya, Anaqi yang berusia 5 tahun ini masih belum boleh menulis namun si sulungnya ini tetap berusaha untuk berborak dengan Amyra ketika Amyra sedang bekerja. Kanak-kanak seusia Anaqi sememangnya sudah mahir menggunakan telefon pintar.

Walaupun cuma menaip huruf yang bercampur aduk dan menggunakan emoji, ini menghiburkan hati Amyra. Comel betul emoji yang digunapakai oleh Anaqi dan Amyra juga melayan sahaja kerenah Anaqi.

Bila anak tidak berada di depan mata, terubat juga kepenatan bekerja apabila dapat pesanan daripada anak seperti ini. Baru 5 tahun sudah sweet Anaqi ini, manalah mommy tak sayang pada abang. Pandai abang Anaqi mengambil hati mommy.

Jom baca perkongsian di bawah :

 

Paparan gambar oleh Amyra ini mencuit hati dan menarik perhatian peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Wow bahasa dia, mak mak je yang faham haha.. ” – Nad Zainal

” Halah halah cute je, bahasa international ni. Comel je Anaqi ni. Kalau ajar voice kang tak hab1s dengar lagi dah sent lagi dan lagi.. “

” Haha cute la Anaqi, mama dia pun layankan je. Faham dia cakap dengan mommy dia. Mommy i miss you so much, I love you so much pandai Anaqi ni.. “

” Alolo sweet, siap reply kasi sticker tu. macam dia paham mommy kata apa haha. Adui lawak anaqi ni.. “

” Comelnya, ni chat dari hati terus ke jantung. Mommy dengan Anaqi je faham hehe. Cawan tu menang1s yang tak tahannya haha.. “

” Tak apa lah Anaqi, we all buat buat paham je haha. Comel hero mommy ni, besar nanti mesti sweet dengan mommy.. “

” Bahasa German campur Itali ni haha, comel lah Anaqi. Level lain ni bahasanya, hebat ejaan Anaqi. Good luck mommy haha.. “

” So cute. Last conversation Anaqi terhibur, mommy faham. emoji sticker tiba tiba munt4h tu dah kenapa haha. Ala Anaqi ni comel je.. “

Penghibur hati mommy sangat hero kecil ni. Walaupun berterabur huruf yang keluar, Anaqi memang anak yang penyayang dan mengambil berat pada mommynya. Semoga Anaqi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..