” Walaupun tak dapat tolong semua orang, dapat tolong sikit pun jadilah.. “
Video Izzue Islam Bersama Isteri Memberi Payung Kepada Orang Ramai Ketika Hujan Mendapat Pujian Dari Netizen. Moga Murah Rezeki Izzue Dan Isteri..
Izzue Islam telah memulakan kerjaya seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen. Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama ‘Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! ‘ .
Miliki nama sebenar, Muhammad Izzul Islam bin Mazlan lahir 2 Jun 1990 dan kini berusia 30 tahun. Terdahulu, Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen sewaktu kumpulan ini ditubuhkan pada 2011. Namun, pada 18 November 2018, Izzue telah mengumumkan pengundurannya daripada Forteen setelah 7 tahun bersama.
Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah “Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25” dan “Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2”. Izzue Islam juga telah mendirikan rumahtangga bersama dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun tahun 2013.
Terbaru, Izzue Islam telah berkongsi satu video di akaun Instagram beliau yang telah membuatkan netizen terharu. Video tersebut merakamkan, beliau bersama isteri telah memberikan payung kepada orang ramai di hadapan bangunan Media Prima. Pada ketika itu, keadaan hujan dan membuatkan ramai tidak dapat keluar waktu rehat.
Ikuti perkongsian Izzue Islam di bawah :
” Penah tak kau rasa bahagia sangat2 bila dapat gembirakan orang lain? Itu yang aku rasa semalam! Lepas promo lagu Alang-Alang dekat WHI so memang hujan lebat tak berenti dari pagi. Kebetulan katanya kantin media prima tutop so diorang semua kena makan dekat luar.. “
” Nak dijadikan cerita, aku mmg ada payung satu kotak dalam kereta. Walaupon tak dapat tolong semua orang, dapat tolong sikit pon jadilah! Hope diorang happy! #JanganCakapPokjueTakPayung .. “
Rata-rata netizen telah memuji sikap Izzue yang sangat baik itu dan mendoakan semoga Izzue dimurahkan rezeki. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Semoga pokjue cepat2 dapat baby yang sihat sempurna n comelll…. Aamiin .. “
” Semoga murah rezeki brother.. Kite permudahkan urusan orang . Allah permudahkan urusan kita .. “
” Baik betull abg @izzueislam semoga dirahmati Allah SWT.. “
” Semoga @izzueislam di murahkan rezeki n dapat baby cepat2 .. “
” Semoga dimurahkan dalam apa jua rezeki.. Aammiinn.. “
” Rezeki semua.. “
“Terbaik bro .. “
Baiknya Izzue Islam, tolong orang dalam keadaan orang memerlukan. Tahniah Izzue. Memang terbaik !! Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Izzue Islam serta isterinya sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kebahagian kekal hingga ke akhir hayat. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Izzue Islam by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..