” Amboi cantik betul Cik Ani. Pinggang secekak je.. “

Chef Wan Kongsi Gambar Ibunya Semasa Muda Buat Ramai Kagum Dengan Kecantikan Ibunya. Wah, Cantik Sangat !!

Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan merupakan seorang Chef, pengacara, penulis, dan pelakon  Malaysia yang terkenal. Beliau merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik kepada pasangan Ismail Md Nor dan Noraini Abdullah.

Bapa beliau merupakan seorang askar berpangkat korperal dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala ibunya merupakan seorang suri rumah yang berasal dari Singapura. Beliau telah mengahwini Norhayati binti Ayub yang merupakan sepupu beliau pada tahun 1982.

Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercera1 selepas tiga tahun bersama. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka memperolehi dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan berkongsi gambar ibunya, Mak Ani semasa berumur 18 tahun. Gambar tersebut diperolehi daripada sepupu Chef Wan yang berada di Singapura. Gambar ibunya itu bersama kawannya bernama Anne.

” A cousin from Singapore while going through her mom old photo album discovered this. Its a photo of my mom when she was 18 years old with her friend Anna. So so tiny on the left with the black belt itu. We showed her this photo to see if she could recognise herself.. “

” She said inmediately ” Omg that my photo and my friend. Where did u get it Wan? I said to mother how sure are u? Mother said ” Dont be silly i am old but i can still recognise my own face la!”.. “

Rata-rata netizen memuji kecantikan Mak Ani dan pinggangnya yang begitu ramping sekali. Antara komen-komen mereka :

” Jawapannya itu.. buat sy rasa nak meet in person dengan Cik Ani.. “

” Alhamdulillah Mak Ani masih secantik dulu.. “

” Amboi cantik betul Cik Ani. Ramping pinggangnya.. “

” So beautiful photo.. Pinggang secekak je.. “

” Wow, Cik Ani pinggang kerengga.  “

” Cantek sgt Mak Ani ni.. Patutlah chef wan hensem.. “

” Halus pinggang Cik Ani kita.. “

Wah, cantik sungguh ibu Chef Wan semasa muda. Wajahnya tidak banyak berubah sehingga kini. Pastinya gambar ini menyimpan seribu kenangan indah buat ibu Chef Wan. Semoga Cik Ani diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..