” Walaupun pujuk saya dengan handbag pun saya tak heran.. “
Datin Shahida Dedah Tidak Tenang Ketika Berada Di Mekah Sebelum Ini. Tak Sangka Ini Sebabnya..
Siapa tidak kenal akan wanita yang cantik lagi manis, Datin Shahida isteri kepada Dato’ Aliff Syukri . Memiliki nama penuh Nur Shahida binti Mohd Rashid dan dilahirkan pada 14 Mac 1985. Mempunyai tujuh adik beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.
Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang zuriat iaitu, Ammar Ahyan, 11, Qadejah El Zahra, 9, Ibraheem Adham, 7, dan Yusoff Al Qardawi, 1. Mereka juga mempunyai seorang anak angkat yang bernama Ameena yang berusia dua tahun.
Beliau juga suka menyediakan pelbagai hidangan masakan tersendiri dan berkongsi di laman instagram milik beliau. Menginspirasikan ibu mertuanya, Rozita Ibrahim yang merupakan juga usahawan pengasas Sendayu Tinggi. Datin Shahida menjadikan ibu mertuanya sebagai rujukan untuk mendapatkan nasihat.
Merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Solehah. Ahli Kumpulan nasyid Solehah turut dianggotai oleh penyanyi Bienda, Wan dan Shireen.Pernah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan ‘Bienda & Friend’. Pernah juga membintangi iklan syampu Sunsilk suatu masa dulu.
Menerusi akaun instagram, Datin Shahida telah berkongsi video dimana Dato’ Aliff memujuk beliau yang pada ketika itu baru pulang ke tanah air dari menunaikan haji . Namun, beliau tidak mengendahkan pujukkan Dato’ Aliff tersebut walaupun dengan diberikan hadiah sebuah beg berjenama yang bernilai puluhan ribu.
Baca perkongsian dari Datin Shahida dibawah :
” Walaupun @aliffsyukriterlajaklaris pujuk saya dengan handbag pun saya x heran.. Sebab dari dalam flight dari mekah nak ke malaysia ni x sabar nak membebel dengan dia.. X tenang haji saya dibuatnya..
” Nasib baiklah dapat teman sebilik @memewani selalu suruh sabar dugaan nak dapat haji mabrur katanya!! .. Jangan lupa tonton sambungan nya dalam Uhuu Abang Kosmetik malam di Astro Ria jam 9.00 malam (Chanel 104) .. “
Rata-rata peminat telah memberikan kata-kata semangat dan memuji akan kesabaran Datin Shahida. Antara komen-komen netizen:
” Sabar lee datin dpt laki famous.. “
” Datin jgn pedulikan apa org kata, hidup di dunia ni kita tak bole nak bahagiakan semua org.. “
” Utk dpt syurga atau ganjaran dr Allah swt bknnya percuma… cuma kita terkadang itu adakalanya terlupa… semoga datin terus istiqomah sabar dgn ujian dr Nya inshaa Allah .. “
” Datin org yang sangat sabar Dan kuat, moga datin sekeluarga sentiasa happy Dan bahagia.. “
” Datin tak nak handbag boleh bagi saya.. “
” Sy salute datin punye kesabaran tahap level nya emmmmm.. “
Bergad0h banyak mengajar kita tentang diri pasangan dan diri sendiri. K0nflik kecil selalunya membuatkan kita melihat sisi-sisi ketidaksempurnaan pasangan dan dari situ, kita mungkin akan berubah demi kebaikan bersama untuk ke jannah. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Datin sentiasa bahagia di sisi insan- insan tersayang.
Sila tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida, Youtube TV Terlajak Laris by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..