” Wah tak sangka rupa-rupanya macam tu je cara ajak kahwin.. ” – Netizen

Video Temubual Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Buka Satu Rahsia Di Sebalik Keputusan Untuk Berkahwin. Siapa Yang Mula Bersuara Ajak Kahwin Terbongkar Sudah. Sweet Sungguh Lovebird Ni !! 

Selesailah sudah majlis penuh gilang gemilang perkahwinan sensasi Nur Amirah Filzah bersama pasangannya Wan Emir Astar. Majlis pelakon tersohor ini mendapat jolokan Wedding of The Year daripada peminat-peminatnya. Mira mengadakan 3 majlis yang berbeza iaitu majlis akad nikah dan 2 majlis resepsi.

Memandangkan kakak sulungnya yang menetap di Amerika Syarikat tidak dapat bercuti lama, perkahwinan Mira yang sepatutnya dilangsungkan pada Oktober dipercepatkan sebulan awal. Tarikh 3 September dipilih sebagai tarikh penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah.

Busana yang indah, dekorasi dan tema yang menawan serta pengantin yang sama cantik sama kacak itu yang dapat disimpulkan untuk ke semua majlis Mira dan Emir. Mereka yang sentiasa berpegangan tangan ini dan beraksi romantis ini buat peminat ramai yang tersenyum sendiri melihatnya.

Meninjau akaun Instagram Wanemirafilzah, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan sedutan video temubual Mira dan Emir bagi rancangan Borak Kopitiam yang bersiaran di TV3. Mereka yang bercerita tentang bila dan bagaimana detik perkenalan mereka terjadi. Mira membuka rahsia bahawa dia yang mengajak Emir berkahwin dan dipersetujui Emir. Wah gentlewomen la Mira hehe..

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Mira ini menghiburkan rata-rata peminatnya. Antara komen-komen mereka :

” Allah dah buka pintu hati Mira utk terima Emir alhmdulillah.. ”

” So sweet Emir memang jodoh mira dh.. “

” Ppuan kalau nk kawen Tu mmg confident dekat laki dia suka.. “

” Confident tu penting Mira. Comel sangat ayat mengayat Mira.. “

” Wow.z… instict tentang jodoh di antara kedua pasangan mmg kuat… instinct itu dorongan dari Allah SWT.. “

” Alhamdulillah best Malaysian celebrity love story.. “

” Cara pertemuan jodoh diantara Mira Filzah dan Wan Emir Astar ni sungguh unik.. “

” So sweet…. apa pun semua tu gerak dari Allah.. “

” Wah tak sangka rupa-rupanya macam tu je cara ajak kahwin. Pandai Mira mengorat.. ” 

” Pengajaran dia, kalau suka, cepat2 dm.. Dm maknye sekali gitew.. Kena ada usaha.. ” 

Bila hati sudah suka, Emir belum bersuara pun Mira dah approach dulu ajak kahwin. Memang bagaikan orang mengant0k disorongkan bantallah puan Mira sayang. Apa pun, sememangnya sudah tertulis di luth mahfuz jodoh mereka berdua. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah dan dalam rahmatNya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Emiraa2020, IG Wanemirafilzah, IG Inaijari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..