” Wah cantik Anita tak macam mak orang, pengantin lelaki pun nampak muda.. ” – Netizen
Video Majlis Pernikahan Pelakon, Anita Baharom Dan Pasangannya, Engku Isyamudin Raih Perhatian. Awet Muda Anita Ni, Berseri-Seri Betul. Pengantin Lelaki Pun Segak, Sama Cantik Dan Sama Padan !!
Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan majlis pernikahan pelakon, Anita Baharom yang berlangsung kira-kira pada jam 11.50 pagi tadi.
Menurut laporan portal Utusan, Anita memilih Engku Isyamuddin Tuan Losin sebagai suaminya dan abang Anita, Zulkifly Baharom sendiri menyempurnakan sesi akad nikah tersebut. Majlis Anita ini berlangsung di Bizmilla Garden Hall dan dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu.
Tampak cantik dan berseri-seri sekali Anita dalam busana pengantinnya. Anak sulung Anita, Syifa Dhia Nurina mengiringi ibunya ini masuk ke dewan. Engku Isyamuddin juga segak dengan baju melayu berwarna putih.
Untuk rekod, Engku Isyamuddin pernah mendirikan rumahtangga sebanyak 5 kali sebelum ini dan dikurniakan dengan lapan orang cahayamata. Bagi Anita pula, ini pernikahan keduanya setelah keh1langan suaminya kira-kira setahun yang lalu.
Jom tonton video di bawah :
Sama cantik sama padan, bagai pinang dibel4h dua Anita dan suaminya ini. Perkongsian ini mendapat perhatian dan antara komen-komen warganet :
” Tahniah selamat pengantin baru Anita. Sesungguhnya jodoh itu Allah yg menentukan, selamat berbahagia Anita.. “
” Syukur Alhamdulillah, cepat atau lambat itu semua urusan Allah… kita tak tau ape yg ade dalam hati dia… semoga Allah memudahkan urusan dia dan kita semua.. “
” Cantik sebab tu jodoh cepat. Selamat pengantin baru dan mahligai bahagia. Tetap cantik macam dulu, muda je nampak.. “
” Alhamdulillah tahniah kak nita, syukur ada yang menjaga Anita dan anak-anak. Lawanya Anita, berseri-seri.. Sepadan sangat.. “
” Tahniah.. halal kan yg penting kita dah kenal siapa yg kita mahu izin kan ia masuk dlm hidup kita.. “
” Dari zaman dunia baru, sampai sekarang maintain je kurus dia. Tahniah. Tu pengapit anak dia yg dulu belakon dlm citer keluarga iskandar sama dgn maknya.. “
” Tahniah, semoga berkekalan hingga ke jannah. Happy tengok Anita, lawa sangat awet muda.. “
” Wahh cantik Anita tak macam mak orang pun. macam anak dar4 baru nak kawin jerr.. Pengantin lelaki pun nampak muda.. “
Alhamdulillah bermulalah semula fasa Anita bergelar isteri. Kami di Berita Kopak juga merakamkan ucapan tahniah buat Anita dan Engku Isyamudin atas pernikahan ini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Anita Baharom , Portal Utusan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..