” Wah, Aafiyah pandainya memuliakan tetamu.. ” – Netizen
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Neelofa Datang Ke Rumah Bertemu Aafiyah. Part Cara Aafiyah Melayan Neelofa Buat Dato’ Siti Terkedu. Pandai Ajak Menyembang, Terbaiklah Aafiyah !!
Diberi nama Siti Aafiyah Khalid anak kesayangan Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah pun berusia 2 tahun. Diberi didikan dengan penuh kasih sayang seimbang anatara agama dan duniawi. Semakin hari, Aafiyah menunjukkan kebijaksanaan, sebagaimana kanak-kanak seusianya.
Berbagai gelagat Aafiyah dapat dilihat di laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza atau pun Dayah Zubit ( pengasuh khas Aafiyah ). Telatah Aafiyah sering mencuit hati peminat. Dengan usianya sebegitu, Aafiyah sudah petah berkata-kata dan menyanyi serta banyak meneroka sekitarnya.
Menerusi laman Instagram Dato’ Siti Nurhaliza, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan pelakon dan pengacara, terkenal Neelofa telah datang ke rumah Dato’ Siti dan bertemu dengan Aafiyah. Menurut Dato’ Siti, hari ini adalah dalam sejarah, Neelofa datang ke rumahnya dan Aafiyah sangat teruja.
Dalam video tersebut kelihatan Aafiyah sangat gembira dan berbual-bual dengan Neelofa. Aafiyah juga kelihatan seperti malu-malu kucing, tetapi masih ramah dan pandai melayan Neelofa. Sikap Aafiyah yang ‘behave’ sangat disenangi dan menerima pujian daripada Neelofa. Bagusnya Aafiyah ye !!
Jom tonton video penemuan Neelofa dan Aafiyah di bawah ini :
Sikap dan gelagat Aafiyah yang ramah dan mesra melayan Neelofa mendapat pujian daripada netizen. Ini antara komen-komen yang ditinggalkan mereka :
” Wahhh Aafiyah excited nampak jumpa Aunty Neelofa, Cerdik sungguh Aafiyah melayan neelofa.. “
” Afiayah peramah orgnya. Pulak yg datang Neelofa, pandai nak ajak menyembang.. “
” Ya Allah Aafiyah pandai dah memuliakan tetamu, fav dia anty Lofa, Anty lofa dia mmg ada aura tu yg budak-budak suka mendekati.. “
” Agak-agak Aafiyah ingat tak penah jumpa aunty Lofa kat melet0p, hehe, comelsss je.. “
” Alalaalalalala cutenya Aafiyah anak ibu ctdk mesra2 manja2 dengan Neelofa gitu.. “
Alahai bagusnya sikap Aafiyah yang peramah dan mesra serta memuliakan tetamu ini. Comel betul gayanya ketika mempelawa Neelofa duduk di sofa. Alhamdulillah, nampaknya didikan yang Dato’ Siti berikan membuahkan hasil. Semoga Aafiyah sentiasa menjadi anak yang penuh adab sopan dan menyenangkan ibu dan ayah. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..