” Video macam ni la patut divir4lkan. Satu family pandai tarannum, seronok tengok.. ” – Netizen

Juara Tilawah Al Quran, Farhatul Fairuzah Kongsi Video Tarannum Ch4llenge Bersama Adik Beradiknya. Sedapnya Alunan Masing-Masing. Mengasyikkan Betul !!

Nama Farhatul Fairuzah mula menjadi sebutan setelah kejayaannya menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun lalu. Pada pertandingan itu, tidak hanya beliau malahan kakaknya Nor Faizah juga menggond0l gelaran naib johan.

Fairuzah adalah anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Kedua ibu bapanya juga adalah bekas qari dan qariah. Dan ini membuatkan mereka adik beradik dididik mencintai Al Quran sejak kecil lagi. Fairuzah juga pernah muncul di rancangan G3ng Ngaji ramadhan yang lalu bergandingan bersama Fakhrul UNIC sebagai hos.

Kelunakan suara Fairuzah buat ramai kagum. Menjadi juara dunia di usia 19 tahun, kemenangannya itu menjadi pendorong kepada remaja lain untuk mengenali seni membaca ayat suci. Salah satu tip yang diberi Fairuzah untuk menjaga suara adalah tidak minum air yang berais.

Menerusi akaun Instagram, Farhatul Fairuzah telah berkongsikan satu video yang menunjukkan mereka adik beradik melakukan Tarannum Ch4llenge. Siapa sangka bukan hanya beliau seorang malahan semua adik beradiknya ada suara yang merdu dan lunak sekali dalam bacaan mereka. Masya Allah !

Jom tonton video di bawah :

Sungguh anugerah yang terindah untuk keluarga ini. Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Saya percaya akan ade hati yg terjent1k bila melihat keluarga ini mel4ungkan ayat al quran… Allahuakbar !!.. “

” Alhamdulillah… Satu family terdidik dengan baik… Saya mencembuuri kalian semua… “

” Masya Allah riang baby sis dlm perut dgr. Gerak-gerak dia.. “

” Bestnyaa satu family pandai tarannum. Seronok tengok.. “

” Masyaallah. Kesemuanya handal bertarannum masya Allah.. “

” Alhamdulilah hebat adik2 beradik ustazah semua, hebat-hebat.. “

” Masha Allah. Video macam ni la patut divir4lkan.. ”

” Alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandung anak-anak semua suara sedap.. “

Tenang sungguh hati dengar bacaan taranum 5 beradik ni. Sedap-sedap semua. Sejuk perut ibu mengandung ada anak sebegini. Apa pun, semoga kehebatan mereka ini memberi inspirasi buat semua. Semoga Farhatul Fairuzah sentiasa gembira bersama keluarga tersayang. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farhatul Fairuzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..