” Video best sangat, aku pulak senyum seorang dekat sini. So sweet.. ” – Netizen
Video Pre-Wedding Zulin Aziz Dengan Tema Retro Raih Perhatian Peminat. Wah Jalan Cerita Yang Penuh Tersirat. Kebahagiaan Selepas Der1ta, Happy Ending !!
2 hari sudah berlalu sejak pengacara, Zulin Aziz selamat diijabqabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Farhan Norzaini. Tarikh 20 Februari menjadi saksi penyatuan pasangan ini dan majlis resepsinya juga berlangsung pada malam hari yang sama.
Sama cantik dan sama padan, bagaikan pinang dibel4h dua, itu yang banyak dikatakan oleh peminat untuk pasangan pengantin baru ini. Ramai yang tumpang gembira melihat kegembiraan Zulin dan mendoakan yang terbaik buat Zulin dan pasangan.
Meninjau akaun Instagram Zulin, telah dikongsikan video pre-wedding hasil kerja oleh CST Production yang seperti biasa mengagumkan ramai. Memilih tema klasik dan diselangi dengan sajak bertajuk ‘ Dan Ketika Itu ‘, video pasangan ini menarik perhatian ramai.
Turut dapat dilihat dalam video ini suasana ketika dan selepas majlis akad nikah mereka. Terpancar kebahagiaan pada wajah Zulin, imam yang ditunggu selama ini rupanya Farhan. Memetik kata peminat, hikmah di sebalik peristiwa hitam yang pernah terjadi dahulu, Zulin kini menemui kebahagiaannya.
Jom tonton video di bawah :
Video ini telahpun mencatatkan hampir 21 ribu likes daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Ah soo sweet.. aku pulak senyum-senyum kambing sorang kat sini. Lovely video, dalam gembira ada seb4knya. Lagu lama ketika itu, sekarang ketika ini.. “
” Video best sangat sangat, congrats Zulin dan pasangan. Alhamdulillah, bertemu jodoh yang terbaik walaupun menunggu lama.. “
” Bebaloi sangat zulin dengan hikmah yang dulu.. Ada sed1h dan ada moment yang bahagia dalam video ni. moga kekal till jannah.. “
” I cr1ed sis.. so touching.. congratulations sis.. Allah gantikn yg lebih baik utk sis.. Allah sebaik2 perancang.. semoga bahagia n kekal till jannah.. “
” Aku pulak terasa teruja. Sedih Dan happy bila Zulin akhirnya jumpa imam nya setelah berbagai dugaan di laluinya. Selamat Pengantin Baru Zulin & Farhan.. “
” Indahnya pelangi selepas hujan, macam-macam yang tersirat dalam video ni. Apa pun happy ending, semoga berbahagia selalu Zulin.. “
” Alhamdulillah jodoh rahsia Allah. Perancangan Allah yg terbaik, Happy ending. Beautiful story, Till jannah, Zulin.. “
Kita merancang tetapi Allah jua yang menentukan, siapa dia jodoh hanya masa yang akan menjawabnya. Dan ketika ini semoga menjadi titik kebahagiaan buat Zulin dan juga Farhan. Selamat berbahagia dan dirahmati Allah selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zulin Aziz, IG Farhan Norzaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..