” Semoga rezeki adik Arish dibimbing oleh Abang Ajai, sedap betul suara dia.. ” – Netizen

Video Ajai Bermain Keyboard Mengiringi Nyanyian Arish Mikael Raih Perhatian Warganet. Wah Bukan Kaleng-Kaleng Ni Dapat Menyanyi Depan Ajai. Macam Ni Baru Tak Dapat Markah 2, Hehe !!

Sejak seminggu lalu, telah tular video seorang remaja lelaki yang busking di kawasan sekitar daerah Muar, Johor dikatakan miliki suara mirip seorang lagenda tanahair. Dikenali sebagai nama Arish Mikael, jika mendengar suaranya, tak disangkal lagi suaranya memang sangat mirip dengan Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad.

Semalam, Arish telah dijemput sebagai tetamu undangan menerusi rancangan MeleT0p sempena Tribute 30 Tahun Pemergian Almarhum Sudirman Hj Arshad. Menerusi rancangan itu, Arish telah mendendangkan lagu Merisik Khabar dan berduet bersama Atai iaitu anak saudara Dato’ Sudirman.

Selain itu, meninjau di akaun Instagram milik komposer terkenal, Ajai telah berkongsi video bertemu dengan Arish. Dalam video tersebut, kedengaran Arish telah menyanyikan lagu ‘Hujan’ secara akustik dan Ajai turut ada bersama bermain keyboard.

Tulis Ajai, dia telah menerima banyak DM daripada Instagramnya mengenai Arish. Malah rata-ratanya meminta agar Ajai dapat bertemu dan mendengar nyanyian Arish secara bersemuka. Perkongsian video oleh Ajai tersebut telah mendapat lebih 9,700 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Arish yang dikatakan persis seperti Dato’ Sudirman. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sedapppp dan padu. Kalau abg Ajai cakap berbakat tu memang power lah adik ni. Semoga ada rezeki adik ni dalam bidang nyanyian.. “

 ” Terbaek abg Ajai. Besar pahala ketengahkan bakat yg benar2 bagus dan memerlukan. Suara adik Arish ni memang unik, tak puas dengar dia menyanyi.. “

” Semoga rezeki adik Arish dibimbing oleh Abang Ajai. Cengginiii la abgkuuuu, budak ni ada aura banggg, lain dari yang lain.. “

” Bakat yang macam ni lah kite cari. Suaaranyaaa luar biasa. Rasa kalau masuk Big Stage, mesti juara dalam tangan.. “

” Merem4ng bulu roma dgr suara dia. Terus terkenang kembali arw4h Sudirman. Jejaka ni telah mengimbau ingatanku terhadap lagu HUJAN yg membuai2 alunan iramanya.. “

” Bakat itu pemberian, betul apa yg abg ajai ckp, memang mantapppp suara adik ni, hebat betul. Semoga nanti dia akan berjaya.. “

” Tone dia memang rare lah. Muda lagi, baru umur 19 tahun. InsyaAllah cerah masa depan adik nanti, kalau dah ada rezeki dapat belajar dengan Abg Ajai, belajar betul2 ye.. “

Merdu betul suara Arish, memang terus teringat nyanyian Allahyarham Sudirman. Bak kata Ajai, Arish ini memiliki bakat, mana tahu rezeki Arish nanti dapat menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Apa-apa pun semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Byajai, Arish Mikael

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..