” Very intresting multi racial culture, hormat menghormati budaya masing-masing.. ” – Netizen
Adam Corrie Lee Kongsi Gambar Upacara Minum Teh Sempena Perkahwinan Anak Saudaranya. Berlainan Agama Bukan Penghalang Untuk Menjalinkan Ukhuwah Yang Akrab. Keluarga Contoh Ni, Terbaiklah Corrie !!
Adam Corrie Lee adalah pelakon yang terkenal dengan watak antag0nis. Lakonan Corrie sering mendapat tumpuan dan pujian peminat kerana keberkesanan dan penghayatannya. Corrie berasal daripada keluarga berketurunan Cina dan akh1rnya memilih untuk memeluk agama Islam.
Memilih wanita bernama Fazima Fuad sebagai teman hidupnya, mereka dikurniakan seorang anak lelaki setelah 10 tahun usia perkahwinan mereka. Menamakannya sebagai Adam Fateh Lee, kehidupan Corrie sekeluarga kelihatan sangat gembira dan ceria selalu.
Walaupun sudah berbeza agama daripada keluarga asalnya, hubungan Corrie bersama keluarganya itu tidak terput0s. Sentiasa kunjung mengunjungi dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama, sikap Corrie dipuji oleh peminat dan boleh dijadikan contoh.
Menerusi akaun Instagram, Adam Corrie telah berkongsikan beberapa keping gambar ketika upacara minum teh. Adat kaum Cina ini adalah untuk memperkenalkan pengantin kepada sanak saudara. Penceritaan Corrie tentang adat ini juga seronok untuk dibaca.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Lain bangsa lain adat resam dan budayanya. Perkongsian Corrie ini menarik perhatian ramai dan antara komen-komen mereka :
” Tahniah saudara adam corrie lee , anda telah membuktikan, berbeza agama bukan satu sebab terput0snya silaturrahim.. “
” Alhamdulillah. Adat yg sgt unik and interesting.. “
” Very intresting multi racial culture, hormat menghormati budaya masing-masing.. “
” Seronok sgt tgk upacara berbilang kaum.. “
” Sgt2 harmoni dn sgt seronok meLihat kejadian ini.. “
” Lovely family, semoga semua diberikan kebahagiaan sentiasa.. “
” Alhamdulillah, hikmahnya kahwin campur, boleh lihat pelbagai budaya.. “
Seronok je tengok hubungan baik antara Corrie dan keluarga Cinanya. Walaupun sudah berbeza agama dan amalan, mereka masih akrab dan tidak sesekali memut0skan silaturahim. Corrie antara contoh terbaik yang boleh dijadikan inspirasi. Semoga Corrie sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan dilindungi Allah selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adam Corrie Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..