” Version of Dato K with Dato’ CT muda. MasyaAllah persis sangat.. “

Penampilan Tya Arifin Yang Manis Bertudung Buat Dapat Pujian Ramai. Wah, Memang Nampak Seperti Dato’ K dan Dato’ Siti Junior La !!

Nurtria Wulandari Arifin atau lebih dikenali sebagai Tya Arifin merupakan seorang pelakon wanita Indonesia dan menantu tiri penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Tya memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Gending Sriwijaya pada tahun 2012.

Beliau juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian di mana beliau memulakan kerjaya muzik pada tahun 2013 menerusi lagu Bawalah Aku ciptaan Anang Hermansyah. Selain itu, Tya juga berbakat dalam be4tboxing dan aktif menjual jamu serta mempunyai produk keluarannya sendiri.

Tya berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa dan seorang anak perempuan bernama Azzahra Jiwa. Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, Malaysia.

Menerusi akaun Instagram, Tya berkongsi gambarnya bersama suami di dalam sebuah majlis. Menurut Tya, beliau menghadiri kenduri di rumah jirannya. Penampilan Tya yang manis bertudung telah mendapat pujian ramai. Cantik sangat Tya !

” Hari ini datang kenduri jiran bersama suami @asyrafkhalid.. “

Rata-rata netizen memuji penampilan Tya Ariffin berhijab. Antara komen-komen mereka :

” Cntik la kak Tya oki tudung nmok ayu jer.. “

” Tyaaa cantiknya bertudung.. “

” Lawa kak Tya berhijab .. “

” Manis je nampak Tya bertudung.. “

” Cntik pkai tudung… Comel sngt.. “

” MasyaAllah cantiknya, semoga hati sis terbuka untuk pakai tudung, insyaAllah Aamiin.. “

” Version of dato K with dato CT muda! MashaAllah persis sangat.. “

Tidak dapat dipastikan sama ada Tya memilih untuk memakai tudung sepenuhnya atau pun tidak. Namun kami di Berita Kopak berdoa semoga suatu hari nanti Tya terbuka hati untuk bertudung sepenuhnya dan semoga Tya terus sukses dalam bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Ariffin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..