” Ulang-ulang lihat video yang begitu tersentuh di hati dengan diiringi lagu.. ” – Netizen
Perkongsian Video Oleh Puan Sri Normala Samsudin Tentang Ibunya Buat Ramai Tersentuh. Part Gambar Ibu Puan Sri Normala Termenung Jauh Di Satu Sudut Tu Memang Sayu Sangat Tengok !!
Bagi yang mengikuti perkembangan Puan Sri Normala Samsudin pasti tahu dirinya seorang yang sangat mencintai alam sekitar. Ada sahaja perkongsian video menarik oleh Puan Sri Normala akan mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.
Terbaru, Puan Sri Normala telah memuatnaik satu video yang memaparkan keadaan ibunya yang berada di kampung halaman. Selain itu, turut dikongsikan Puan Sri Normala pada postingnya adalah sedikit titipan kata dan doa khas buat ibu tercinta.
Menerusi video itu, kelihatan permandangan sekitar kawasan rumah ibu Puan Sri Normala dan beberapa gambar dan rakaman video Puan Sri Normala berada disisi ibunya. Perkongsian video tersebut sekali lagi telah menjadi perhatian ramai.
Ada yang menyatakan menonton dan mendengar lagu latar belakang video tersebut sangat menyentuh hati. Lebih-lebih lagi, melihat gambar ibu Puan Sri Normala yang termenung jauh di satu ruang sudut rumahnya juga sangat merunt0n j1wa.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa tersent0h mereka setelah menonton perkongsian video oleh Puan Sri Normala itu. Mereka turut mendoakan kesejahteraan ibu Puan Sri Normala. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ulang-ulang lihat video yang begitu tersentuh dihati dengan diiringi lagu. Semoga ibu Puan Sri sentiasa dalam keadaan sihat selalu.. “
” Untung Puan Sri masih ada ibu, doa tanpa hijab masih ada. Didoakan semoga ibu Puan Sri sentiasa dalam lindungan Allah, amin.. “
” May Allah keep your mommy safe and guide her towards the highest Jannah. Doa is the best gift. May Allah keep you and your mommy well and remove all the sadness from both your hearts.. “
” Tenang je suasana kg mak puan ni, maknye pon tenang je termenung, moga maknye sehat2 ye. Sy rindu arwah mak sy pula bila tengok video puan ni.. “
” Sayu tengok orang tua termenung jauh. Semoga ibu Puan Seri dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.. “
” Amin. Sayu dgr lagu ni, tringat arwah mom & dad. Semoga ibunda Puan Sri terus sihat selalu ya, bahagia bersama anak-anak.. “
” Cantiknya view kawasan rumah, nampak klasik dan tenang. Tapi sayu bila dengar lagu tu dan raut wajah emak Puan Sri, semoga dia dalam keadaan baik selalu.. “
Pasti ramai yang berasa sayu setelah menonton video ini. Mesti Puan Sri Normala merindukan ibunya yang jauh di mata. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Ibu Puan Sri Normala diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Normala Samsudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..