” Tu la paling romantik pun yang kami boleh dapatkan, jadi la.. ” – Datuk Nurul Zahid

Video Pengantin Baru, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman Dan Heliza Helmi Diusik Dengan Sahabat Baik Mereka, Datuk Nurul Zahid Buat Ramai Tehibur. Alahai Sampai Merah Muka Pengantin M4lu, Haha !!

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan aktiv1s, Heliza Helmi yang kini telah sah bergelar suri hati kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Pernikahan pasangan ini telah diadakan secara tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu lalu.

Dengan sekali lafaz, Heliza telah menerima sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran sebagai mas kahwinnya. Selepas majlis nikah, pengantin telah diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan rapat mereka di Lanai Asmara, Putrajaya.

Semalam pula, telah berlangsung majlis resepsi di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Tampil dengan busana sedondon berona merah jambu, para tetamu undangan pasti tidak lekang daripada melihat pasangan merpati dua sejoli itu yang manis duduk di atas pelamin.

Namun, paling mencur1 perhatian adalah perkongsian video oleh sahabat baik pengantin, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang telah mengusik pengantin ketika sesi bergambar di atas pelamin. Menerusi video itu, Datuk Nurul telah menyuruh Heliza dan suami membuat pelbagai gaya romantik ketika sesi bergambar.

Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Perkongsian oleh jurufoto Aqo Imran :

Rata-rata warganet terhibur dengan usikan Datuk Nurul kepada pasangan ini. Malah mereka juga turut mendoakan kesejateraan buat Heliza dan suami. Antara komen-komen menarik adalah :

” Yg tukang ambk gambar tu pun comel, pengantin kena bul1, comel je pasangan pengantin. Selamat pengantin baru Heliza dan suami.. “

” I noticed how little PDA they showed after nikah but I thought they are so cuuteee, dah nikah tapi malu, moga bahagia selalu.. “

” Hahahah kemainn kak long. Selalu DS org sakat sikit ja dah merah muka. Tundukkk ja. Kalini ter0kkk la dia kena.. “

” Alhamdulillah moga bahagia dunia akhirat. Kaklonggggg buli pengantinnnnnnn, tapi sweet ar tengok pengantin masih m4lu2 lagi.. “

” Masya Allah. Tiap kali tengok pic deme ni, tumpang happy. Selalu dok fikir siapa jejaka bertuah pilihan Heliza. Rupanya Dato’ Sri Mahadi, dream girl.. “

” Hahaha habis cover m4lu dah Heliza dan Datuk. Nasib pengantin lah dapat sahabat kaki sakat, haha comel tengok.. “

” MasyaAllah, ni lah orang cakap indah bercinta selepas berkahwin. Sweet nampak bahagia Datuk bersama dream girlnya.. “

Alahai m4lu-m4lu pengantin kena sak4t dengan Datuk Nurul.  Apa-apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan buat Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, semoga ikatan perkahwinan yang baru dibina oleh kalian akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nurulhidayah Ahmad Zahid, Aqo Imran, Inaijari, Heliza Helmi, Mahadi Badrul Zaman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..