” Tiberr rasa macam nak cari bapak. Boleh lagi kan ? “

Dato’ Seri Vida Ingin Berkahwin Lagi Dan Bertanya Pendapat Para Netizen. Komen-Komen Netizen Sangat Menghiburkan. Amboi, Boleh Tahan Cadangan Masing-Masing !!

Pengasas produk kesihatan dan kosmetik iaitu Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman sememangnya dikenali ramai. Beliau yang berasal dari Machang, Kelantan sangat minat berniaga sejak kecil lagi. Seawal usia 9 tahun, beliau telah berniaga nasi lemak dan kuih-muih.

Dato’ Seri Vida pernah dikr1t1k hebat dengan penampilannya yang sentiasa disinari kilauan ‘blink blink’ yang keterlaluan. Namun, beliau tidak pernah mengendahkan segala kr1t1kan yang diterimanya. Beliau pernah menaja beberapa program TV seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia dan Anugerah Juara Lagu.

Untuk pengetahuan, Dato’ Seri Vida juga merupakan seorang bekas guru. Beliau pernah berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Poi Lam selama 12 tahun. Beliau mempunyai empat orang anak namun dua daripadanya telah meningg4l dunia dalam kebak4ran rumahnya yang berlaku pada tahun 2013.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Seri Vida berkongsi videonya bertemu dengan seorang budak yang datang menegurnya ketika beliau sedang makan. Menurut Dato’ Vida, ibu kanak-kanak tersebut mengandungkan anaknya itu ketika berumur 47 tahun.

Kerana kecomelan kanak-kanak itu, Dato’ Vida teringin ingin menambah anak lagi. Jadi ini bermakna beliau perlu mencari suami dahulu. Beliau meminta pendapat netizen sama ada sesuai ke tidak beliau ingin berkahwin lagi. Amboi, sempat lagi Dato’ melawak !

Tonton video di bawah :

” Ya Allah comelnya budak ni.. His mom masa pregnant kan dia umur 47. Datang tegur saya masa breakfast.. Saya bukan selalu turun breakfast.. kalini rezeki jumpa dengan anak comel ni.. putihh melepak, handsome.. lain macam pulak rasa.. “

” Rasa apa ? tiberr rasa mcm nak cari bapak .. boleh lagi kan? ha ha. Kacak dah geleng kepala. belum Cikb lagi .. adoii. CER KOMEN.. “

Rata-rata netizen bersetuju jika Dato’ ingin berkahwin lagi. Antara komen-komen mereka :

” Cari lah bake pakistan dato rare dpt bby nti.. “

” Bole je DSV asalkn blm mon0pause…. cari lah mat saleh sorang mesti ada yg sudi jd teman hidup… smg dpt jodoh yg baik.. “

” Best kalu ada baby diusia begini… wat teman… kannnn.. “

” Boleh je dato cari suami baharu… Jejaka handsome inggeris pakai seluar pendek kat belakang dato tu kenapa Dsv x tegur dan berkenalan… mana tahu jadi jodoh DSV seterusnya jadi suami DSV seterusnya jadi bapa baharu cikb dan kacak…. “

” DSV muda lagi boleh beranak lagi, tak sampai 50. boleh lsgi.. “

” Moga dato seri ditemukan dgn baka yg ganteng dan boleh beri dato baby comel.. Aamiin.. “

” Kalau ada jodoh kawin juga tu dato cari mat saleh dato kalau nak anak putih gitu.. “

” Cari dato, tak sabar nak tengok anak baru.. “

Wah, nampaknya ramai memberi sokongan kepada Dato’ Seri Vida untuk berkahwin lagi. Semoga kali ini jika Dato’ Seri Vida ingin berkahwin lagi diharap biarlah jodoh itu berkekalan hingga akhir hayat dan mendapat orang yang baik-baik serta boleh menjaga Dato’. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Seri Vida by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..