” The queen and princess in my life.. ” – Fizo Omar
Fizo Omar Berkongsi Gambar Bersama Insan Istimewa Dalam Hidupnya. Alahaii Siapakah Insan Yang Berjaya Menawan Hati Abe Joe Ni, Untungnyaa !!
Pelakon serta usahawan terkenal Fizo Omar baru sahaja menyambut hari lahirnya beberapa hari yang lalu. Kita juga dapat melihat kemeriahan sambutan serta kejutan hari lahir yang dilakukan oleh teman-teman Fizo kepadanya. Gambar serta video turut dikongsi di laman sosial Instagram milik Fizo.
Bapa kepada seorang puteri comel bernama Wan Maryam ini juga memiliki bakat dalam bidang masakan. Untuk mendalami lagi ilmu masakan, Fizo telah pergi ke negara jiran kita iaitu Thailand. Ramai yang tidak tahu rupanya Fizo ini pakar membuat kuih Akok Kedut.
Menurut Fizo sejak berusia 10 tahun lagi, Fizo sudah diajar cara-cara membuat kuih Akok dan Bahulu. Selain membuat kuih akok, Fizo juga sering berkongsi video masakan di laman sosial miliknya. Bagi Fizo memasak merupakan satu terapi buat dirinya.
Mengintai ke laman instagram miliknya, Fizo telah berkongsi gambar bersama dua insan istimewa dalam hidupnya iaitu Puan Hasnah Binti Jidin dan satu-satunya puteri tunggal Fizo iaitu Cik Yam. Mereka dilihat keluar makan bersama-sama.
Mari kita lihat gambar yang dikongsikan ini bersama :
( Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya )
Gambar-gambar yang dikongsi oleh Fizo ini mendapat pelbagai komen daripada peminat. Antara komen-komen peminat ialah :
” Bagus kan Fizo ni sayang sangat dengan mak dan anak dia, terbaik la.. “
” Your the best father for Yam and the best son for your mom bro.. “
” Muka mak sangat abam Joe ni, makin hari makin hensem.. “
” Comelnya Cik Yam ni, dah besar dia.. “
” Senyuman manis anak dan ayah.. “
” Comelnya awak princess Wan Maryam.. “
Alahaiii suka tengok Fizo ni sentiasa mengutamakan ibunya dan manjanya Cik Yam ni dengan daddy dia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Yam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Buat Abang Joe kita, sentiasa berjaya dalam setiap perkara yang dilakukan dan menjadi anak yang soleh. Amin..
Silakan SHARE.
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..