” Terima kasih buatkan kek yang cantik untuk Lara.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Hari Lahir Anak Scha Al Yahya, Lara Alanaa Yang Ke-6 Tahun. Wahhh Kek Tu Comel Sangat !!

Siapa yang tidak mengenali kanak-kanak comel yang bernama Lara Alanaa. Si cilik yang sering menjadi perhatian ini meruapakan anak kepada pasangan terkenal Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari. Sekejap masa berlalu, pejam celik pejam celik, kini Lara sudah pun berusia 6 tahun 22 Julai 2020 yang lalu.

Kepetahan Lara berbahasa Inggeris sememangnya sangat mengagumkan. Kebanyakan video Lara dikongsikan di laman Instagramnya menunjukkan Lara berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bersama ibu, ayah dan rakan-rakannya. Sehinggakan ramai yang ingin melihat Lara berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Terbaru, menerusin laman Instagram Lara Alanaa, beberapa posting dimuatnaik sempena dengan majlis sambutan hari lahir Lara yang ke-6 tahun. Posting tersebut berbentuk gambar dan video sekitar majlis hari lahir Alana. Sambutan majlis tersebut diadakan di Tiarasa Escape Glamping Resort, Janda Baik, Pahang.

Majlis hari lahir Lara bertemakan safari dan kek yang disediakan untuk Lara juga bertemakan safari. Sangat comel kek Lara yang dihiasi dengan boneka binatang seperti  harimau, gajah, zirafah dan patung kanak-kanak yang digambarkan seperti wajah Lara. Kek tersebut sangat sesuai dengan Lara.

Di bawah ini adalah perkongsian tersebut :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video yang seterusnya.. )

Di bawah ini pula perkongsian gambar-gambar sekitar majlis hari lahir Lara. Jom lihat !!

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar yang seterusnya.. )

View this post on Instagram

Who is 6?

A post shared by @ laraalanaa on

Entri tersebut dihuj4ni dengan ucaoan hari lahir buat Lara. Meraka turut mendoakan kesejahteraan Lara dan memuji kek Hari Lahir Lara yang comel itu. Jom lihat komen-komen mereka di bawah ini :

” Enjoy your birthday celebration Lara. Aunty doakan yg terbaik utk Lara di dunia dan akhirat.. “

” Many happy returns of the day sweetheart. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.. “

” She is such a darling Blessed birthday dear Lara.. “

” Terima kasih sebab buatkan kek yg cantik utk LARA pasti sedap tu.. “

Alhamdulillah, sudah 6 tahun usia Lara. Ramai yang sayang dengan Lara ni tau. Kami di Berita Kopak juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Lara. Didoakan semoga Lara terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alanaa, Scha Al Yahya,, Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..