” Tersenyum tengok betapa sweetnya Bunga sayang Dadda.. ” – Netizen

Video Tok Sidang Kongsi Cara Bagaimana Cucunya, Bunga Elhaq Menunjukkan Rasa Sayang Terhadapnya. Part Bertentangan Mata Tu Paling Comel Sangat, Memang Manja Dadda Betul Lah Bunga Ni !!

Anak pelakon cantik, Elisya Sandha iaitu Bunga Elhaq antara si cilik yang sering menjadi perhatian umum di media sosial. Bukan sahaja memiliki nama yang unik, wajahnya yang begitu comel sering menjadi tarikan warganet.

Meninjau di akaun Instagram Jinggo atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Sidang, telah berkongsi satu video terbaru memaparkan gelagat comel cucu kesayangannya itu. Dalam video tersebut Tok Sidang telah berkata ingin berkongsi cara bagaimana cara Bunga menunjukkan rasa sayangnya terhadap Tok Sidang.

Kelihatan Bunga yang sedang duduk di dalam baby walker dan Tok Sidang telah bertanya kepada Bunga adakah Bunga meyayanginya. Lalu  Tok Sidang menghalakan kepalanya kepada Bunga dan  terus Bunga mendekatkan kepalanya ke arah kepala Daddanya itu.

Bukan itu sahaja, cara Bunga bertentangan mata bersama Tok Sidang juga kelihatan begitu comel. Terserlah kasih sayang Bunga terhadap atuknya. Sehingga kini, video Jingga bersama Bunga telah menerima lebih 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan cucu Tok Sidang ini yang dikatakan seperti anak orang Jepun. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Tersenyum tengok betapa sweetnya Bunga sayang dadda. Suka tengok Bunga, makin hari makin bertambah2 comel.. “

” Pandaiinyaaa mungeee, semoga membesar menjadi wanita yg solehah ya sayang, Aamiinn ya rabbal alamin.. “

” Cute sangat lah cucu dan atuk ni. Dulu2 suka dgr bebelan TS, sorry TS skrg ni singgah sini nak tengok Bunga je, TS jatuh no 2, haha.. “

” Aunty yang tersenyummmm tengok Bunga. MashaaAllah tabarakallah alhamdulillah cute sesangat2 gelagat Bunga.. “

” Assalamualaikum Tok Sidang ngan Bunga yg solehah ni, arini Ttak p mana2 ka tu ? Makin besar n cerdik Bunga yg solehah ni.. “

” Masyaallah tabarakallah bunga awat Bunga comel sangat ni, ger4m lah tengok Bunga ni, dah macam anak orang Jepun betul lah.. “

” Selamat pagi Bunga n dadda .Wah gumbira ya bermain dengan dadda, dah cerdik ya Bunga sekarang.. “

Alahai bijak betul Bunga, sudah faham apa yang dadda minta. Comel tengok cara Tok Sidang melayan cucu kesayangannya. Apa-apa pun semoga Bunga terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan penyejuk hati orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG jinggo_jspictures

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..