” Terkej0t tengok anak-anak Bell dah besar. Isterinya pun cantik sangat.. “
Wajah Comel Anak Dan Isteri Bell Ngasri Cur1 Tumpuan Netizen. Tapi Part Ucapan Hari Lahir Tu Serius Kelakar Lah Bell !!
Nasrizal bin Ngasri iaitu nama sebenar bagi pelakon Bell Ngasri. Dilahirkan pada 30 September 1980 dan kini telah berusia 39 tahun. Anak kepada pasangan Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Bapa Bell merupakan penyiar terkenal. Beliau juga adik kepada pelakon Naszeli Ngasri dan abang kepada Anne Ngasri serta Darling Ngasri.
Untuk pengetahuan, Bell kini telah berada dalam industri seni sudah selama 32 tahun. Rezeki beliau dalam bidang lakonan tidak pernah terhenti. Meskipun bagi Bell, beliau tidak popular seperti selebriti lain, namun beliau masih diterima dan menjadi perhatian produser televisyen (TV) dan filem.
Bell merupakan seorang pelakon dan pelawak berbakat yang sering menghiburkan peminatnya. Bagi sahajalah watak apa-apa pun, pasti beliau dapat membawa watak tersebut dengan baik sekali. Beliau juga bergandingan bersama Jihan Muse dalam segmen parodi Melet0p yang membuatkan penonton terhibur dengan segmen tersebut.
Mengenai tentang kehidupan peribadi beliau, Bell telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu, Farhan “Syasya” binti Muhammad Fauri dan telah dikurniakan 3 orang anak. Bell jarang berkongsi gambar dan kisah keluarganya di media sosial.
Menerusi akaun Instagram, Bell telah berkongsi gambar beliau bersama anak-anak serta isteri. Beliau juga telah memberikan ucapan buat anak serta isteri sempena ulang tahun kelahiran mereka. Ucapan yang diberikan oleh Bell tersebut sangat kelakar.
Baca perkongsian Bell dibawah ini :
” Selamat hari jadi buat princess fr0zen & mak fr0zen .. tapi masa ni frozen kecik lg.. nama dia fr0zen food.. “
Rata-rata peminat terhibur dengan ucapan yang telah diberikan oleh Bell untuk anak dan isteri beliau. Antara komen-komen mereka adalah:
” Kalu papa die mesti fr0zen throne kan.. “
” Hahahahahha adoi bell. Sabo jela. Ngape x pakai costume 0laf ? Kasik chancela besday princess kan.. “
” X romantik lgsung wish kt mak fr0zen tu.. “
” Mcm adik beradik sdg brgambar.. “
” Aku punyela kira.. oo 4 ank bell.. Upenye slah kira terkira bell skali hahahahah ingat ank bell .. “
” Klu kecik name nye freezer.. “
” Terkej0t tengok anak-anak Bell dah besar. Isterinya pun cantik.. “
Bell memang seorang yang kelakar meskipun dalam keadaan bersahaja, membuatkan ramai yang terhibur. Apa- apa pun, Kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat isteri serta anak Bell. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..