” Saya suka bersembang sambil minum susu.. “

Shila Amzah Kongsi Video Anaknya, Seth Uwais Yang Sudah Pandai Bersembang Menghiburkan Netizen. Alahai, Comelnya !!

Pada 31 Ogos 2019 yang lalu bersamaan dengan hari kemerdekaan Malaysia dan Awal Muharram, Shila selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi yang diberi nama Seth Uwais Bin Haris Idraki dilahirkan secara pembed4han. Kini, Seth Uwais sudah pun berusia 3 bulan.

Terdahulu, Shila yang merupakan anak kepada penyanyi era 80-an telah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya bernama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Haris bekerja dalam sektor kewangan di kota London turut dibesarkan di luar negara.

Shila mula bergiat aktif dalam bidang muzik ketika berusia sembilan tahun lagi. Beliau merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang popular di negara China. Beliau berjaya dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan.

Menerusi akaun Instagram, Shila berkongsi video anaknya sedang meminum susu botol sambil bercakap-cakap dengannya. Comel sungguh Seth Uwais mengomel-ngomel begitu. Apalah yang diceritakan kepada ibunya. Mari kita tonton video di bawah :

” Saya suka bersembang sambil minum susu.. “

View this post on Instagram

Saya suka bersembang sambil minum susu 😁

A post shared by Seth Uwais (@sethuwais) on

Rata-rata netizen terhibur melihat Seth Uwais bersembang sambil minum susu. Antara komen-komen mereka :

” Dududu lucunya. Belajar ngomong ya dek.. “

” Banyaknya cerita dia.. “

” Peramah orang nya.. “

” Alaaa comelnya. apa laa nak di adu tuu.. “

” Ala manjanye.. “

Seronok sebenarnya melayan bayi usia-usia begini kerana gelagat mereka boleh mencairkan hati kita. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Seth Uwais membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Seth Uwais, Shila Amzah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..