” Terharu dengar ucapan Jep, nampak Jep sayang g1la dekat Sari.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Memberikan Ucapan Hari Lahir Untuk Sari Yanti Buat Warganet Tersentuh. Alahai Ucapan Penuh Doa Untuk Isteri Tersayang Ni. Part Luahan Hati Tu, Sweet Sangat !!

Menerusi akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep Sepahtu memberikan ucapan khas buat Sari Yanti sempena ulangtahun kelahiran Sari hari ini. Kata Jep, ucapannya kali ini berbentuk doa.

Semoga bertambahnya usia, Sari diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dipermudahkan segala urusan. Tanpa berselindung, Jep juga mengatakan yang Sari perlu tahu dia sangat sayangkan Sari.

Ejad pula bertanyakan kepada Jep apakah ada sebarang surpr1se, namun kata Jep kekangan masa tidak membolehkan Jep melakukan semua itu kerana perlu ke Kedah untuk tuntutan kerja bagi program Sepahtu Reunion Live.

Walaupun Jep adalah ketua keluarga, namun Jep banyak belajar daripada Sari. Jep turut mended4hkan sikap Sari yang tidak pernah meminta-minta, sangat menyenangkan dan memudahkan Jep.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Happy birthday sari yanti. Nampak jep syg g1la dekat sari. Semoga bahagia till jannah. Mata aku kan terfocus kt blkg tu tau. Tak focus betul laaaa.. “

” Alhamdulillah Moga sentiasa dikurniakan barakah dalam hubungan jep dan sariyanti..pibeday sariyanti.. “

” Suka sangat tengok wajah Sari Yanti.. cantik dn masih comel. Semoga Sariyanti dipermudahkan Allah semua urusannya. Saya peminat setiap Sariyanti sebelum jep jadi pelakon lagi. Moga Allah merahmati kedua suami isteri ini.. “

” Sudah tertulis jodoh antara kalian masyaALLAH. hebat sebab sama2 mendokong dan menyokong dan hormat each other.. “

” Terharu dgr ucapan jep dkt sari. untung suami dj bg ucapan besday semua pendengar sinar blh dgr dan mendoakan jgk.. “

” Suka jep ni chill je humble. yg blakang sibuk buat content TT ke tu haha. Happy Birthday sariyanti.. “

” Woww sweet sangat jep ni. Sanah Helwah tuk BIDADARI kpd MohdNazri aka jepsepahtu, Puan sariyanti DOA KAMI SAMA SEPERTI DOA EN SUAMI ANDA kepada ANDA, KAMI MENG-AAMIIN kan doa suami awak, Aamiin aamiin ya Allah Ya Mujib.. “

Bak kata Ejad, perkahwinan ini untuk tenang dan Ejad turut mendoakan agar ikatan antara Jep dan Sari sentiasa mendamaikan. Kami di Berita Kopak juga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran untuk Sari dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar, IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..