” Tengok tu tengok tu, senang hati nampak.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza

Video Gelagat Siti Aafiyah Buat Sesuatu Sebelum Minum Susu Yang Begitu Mencuit Hati. Amboi Dia Bukan Main Lagi, Stylo Sangat, Comel Lah Aafiyah !!ย 

Kelahirannya dinanti-nantikan ramai sehinggakan tercipta lagu Comel Pipi Merah khas untuknya. Anak sulung Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Jiwa ini dinamakan sebagai Siti Aafiyah. 11 tahun penantian, Aafiyah membawa cahaya kegembiraan dan kebahagiaan buat Dato’ Siti.

Kini Aafiyah sudahpun berusia 2 tahun dan membesar dengan sempurna. Aafiyah yang banyak telatahnya ini dijaga dengan rapi oleh pengasuh khasnya Dayah. Keakraban mereka memang terserlah dan Dayah juga sering berkongsikan video Aafiyah di Instagramnya.

Aafiyah yang mudah mesra dan ceria sering menghiburkan hati Dato’ Siti dan Datuk K. Gelagatnya yang cheeky buat ramai ketawa. Dalam usianya ini, Aafiyah sudah pandai dan petah bercakap malahan sudah pandai mengaj0k gaya ibunya.

Menerusi akaun Instagram Aafiyah Khalid, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan rakaman cur1-cur1 Dato’ Siti video gelagat Aafiyah sedang minum susu. Aafiyah yang memilih video pilihannya terlebih dahulu sebelum berbaring atas sofa khasnya itu buat peminat terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Alahai Aafiyah pandai sangat menghiburkan diri sendiri ni. Gelagatnya ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Sudah punya style dan zon sendiri.. mantap.. “

” Oloooo youโ€™re so cute aafiyah. Kemain lagi hahaha.. “

” Tambah pandai Aafiyah cantik sehat selalu.. “

” Amboiii santainyaaa boss cilik. Stylo la aafiyah.. “

” Pandai Aafiyah menghibur diri. Layan g0sip ke dik.. Kemain ekk.. “

Wahhh Aafiyah ada cara dan gaya tersendiri nak melayan susu time dia tu. Siap ada hiburan video lagi boss kecik ni. Apa pun, Aafiyah memang menghiburkan hati Dato’ Siti. Semoga Aafiyah sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang solehah sebagaimana impian ibunya itu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..