” Tengok diri sendiri pun dah gelak. Memang mudah terhibur ni. So cuteeeeee.. “

Video Gelagat Anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees Ketawa Ketika Melihat Cermin Menghiburkan Netizen. Alahai, Comelnya !!

Mohamad Eidrees merupakan permata hati kepada selebriti Anzal Nasir dan pasangannya, Hanif Zaki. Eidrees dilahirkan pada 31 Mei 2019 setelah dua tahun mereka mendirikan rumah tangga. Kehadiran Eidrees sememangnya dinantikan oleh pasangan ini.

Seperti selebriti lain, Anzalna turut membuka akaun Instagram untuk anak kesayangannya ini. Sehingga ke hari ini seramai 97.5 ribu orang mengikuti akaunInstagram Eidrees. Anzalna akan berkongsi video dan gambar Eidrees di akaun tersebut.

Terdahulu, Anzalna telah berkahwin dengan Hanif Zaki pada tahun 2016. Hanif merupakan teman lamanya dan juga seorang ahli perniagaan. Anzalna merupakan anak kedua daripada lima adik- beradik yang kesemuanya perempuan.

Menerusi akaun Instagram, Anzalna berkongsi video anaknya, Eidrees sedang melihat cermin. Bukan main gembira Eidrees melihat dirinya di dalam cermin. Sampai nak terbaring dia ketawa. Ikut perangai mommy ke tu suka teng0k cermin tu Eidress ?

Tonton video di bawah :

” Tak mungkin @mohamadeidrees ikut perangai mak dia suka tengok cermin ! Tak mungkin! “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Eidrees ketika melihat cermin. Antara komen-komen mereka :

” Mungkinnn, hahahaa. Nasib baik comelll “

” Ingat daddy main cak2 la tu kt cermin yela muka daddy kn.. nsb gelak ikut mummy.. “

” Sukanya tgk muka sendirii.. “

” Hahahaha suke tgk diri sendiri ke.. “

” My baby pun sama pantang cermin. Baby mmg suka kot hehhe dia igt kembo dia.. “

” Adoiii galak la mcm mak dia ni.. “

” Kuat gelak mcm mak nye geramm tgk eidrees comel sgtt.. “

” Tgk diri sendiri pn da gelak.. mmg mudah terhibur ni.. so cuteeeeee.. “

Alahai, sukanya dia melihat dirinya dalam cermin. Mungkin dia ingat itu adalah kawan dia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Eidrees membesar dengan sihat dan bijak. Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna Nasir by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..